😎 Selamat Datang Ke Kedai Shaklee DocNon 😎

Sunday, June 11, 2023

Cadangan Set Batu Karang Shaklee

  TESTIMONI PESAKIT BATU KARANG YANG SEMBUH ASBAB IKHTIAR DENGAN SET BATU KARANG SHAKLEE

πŸ‘‡
APA ITU BATU KARANG ⁉️
Air kencing terbentuk di dalam buah pingggang mengalir melalui struktur tiub yang dipanggil ureter ke pundi kencing sebelum dikeluarkan. Batu karang atau kalkuli boleh ditemui di mana saja pada buah pinggang, ureter atau pundi kencing.
Di Malaysia batu karang biasa ditemui di bahagian atas saluran kencing ( buah pinggang dan ureter). Kekerapan batu karang ini adalah 10%-20% di Asia berbanding dengan 15%-18% di negara barat.
Batu karang terbentuk apabila terdapat kepekatan yang tinggi bahan-bahan tertentu di dalam air kencing yang menyebabkan terbentuknya kristal.
Biasanya air kencing mempunyai bahan yang dipanggil ‘penghalang’ yang menghalang pembentukan batu karang, tetapi ada setengah kes ia tidak berfungsi.
Kepekatan air kencing yang tinggi ini biasa terjadi pada mereka yang sering kali kekeringan (dehydrasi) kerana kurang pengambilan cecair.
Sebahagian daripada mereka mungkin mempunyai paras bahan ini yang lebih tinggi dari paras normal di dalam darah dan meningkatkan jumlah bahan ini di dalam air kencing.
Jangkitan salur kencing yang berulang kali juga menggalakkan pembentukan batu karang.
Apabila terdapat halangan pada saluran air kencing seperti pembesaran kelenjar prostat, takungan air kencing akan menyebabkan berlakunya jangkitan dan pembentukan batu karang yang berulang-ulang.
Sebahagian pesakit mungkin dilahirkan dengan saluran air kencing yang tidak normal yang menyebabkan halangan pada saluran air kencing.
Ada beberapa jenis batu karang, antaranya ialah kalsium oxalate, asid urik dan cystine. Batu jenis struvite pula terdiri daripada magnesium, ammonia dan fosfat bercampur dengan karbonat. Ini dikenali juga sebagai batu jangkitan.
Di Malaysia, batu jenis kalsium oxalate, asid uric dan batu jangkitan biasa di temui.
.
.
.
GEJALA DAN TANDA TANDA ADA BATU KARANGπŸ‘‡
Batu karang di buah pinggang biasanya tidak menyebabkan kesakitan dan mungkin ditemui secara tidak sengaja semasa pemeriksaan ultrasound atau x-ray abdomen untuk sebab-sebab yang lain.
Batu yang kecil mungkin boleh keluar tanpa rasa sakit atau mungkin menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat daripada belakang hingga ke kemaluan dengan rasa mual dan muntah yang biasanya disebut sebagai ‘Renal Colic’.
Ini berlaku apabila batu itu bergerak melalui saluran ureter yang sempit yang mengecut untuk mengeluarkannya. Setengah pesakit akan merasa sakit yang tajam pada testikel mereka atau sepanjang zakar mereka semasa kencing. Mereka biasanya dapat mengesan adanya darah di dalam air kencing.
Batu yang lebih besar yang tidak boleh keluar dengan sendiri mungkin tersekat di dalam ureter dan menyebabkan halangan. Ini akan menyebabkan sakit yang berterusan dan mungkin demam jika terdapat jangkitan kuman.
Biasanya pesakit batu karang di buah pinggang akan merasa sakit dan sengal-sengal di belakang. Sakit ini tidak dipengaruhi oleh pergerakan atau perubahan postur yang biasanya disebabkan oleh sakit yang berpunca dari tulang ataupun otot.
.
.
.
PENYIASATANπŸ‘‡
90% batu karang boleh dikesan dengan x-ray abdomen. Ini biasanya diikuti dengan siri x-ray yang di ambil selepas sejenis pewarna disuntik ke dalam badan.
Prosedur yang dikenali sebagai Intravenous Pyelogram (IVP) ini digunakan untuk melihat pada paras mana batu karang tersebut berada dan kemungkinan adanya halangan.
Ujian Ultrasound pula akan diadakan jika batu karang disyaki tetapi tidak dapat dilihat dengan x-ray. Kaedah yang lebih tepat adalah dengan imbasan CT (CT Scan) abdomen, tetapi ini hanya ada di hospital yang besar sahaja.
Satu siri ujian darah dijalankan untuk menilai fungsi buah pinggang, paras asid urik dan kalsium di dalam darah.
Ujian air kencing pula dijalankan untuk melihat jika ada jangkitan kuman, keasidan atau alkali. Dalam setengah kes, juga untuk memeriksa paras kalsium, oxalate dan asid urik.
.
.
.
KOMPILASIπŸ‘‡
Batu karang di buah pinggang atau ureter akan menyebabkan halangan. Ini akan mengundang jangkitan kuman pada buah pinggang dan dalam kes yang teruk pembentukan nanah.
Jangkitan ini boleh merebak ke dalam darah dan pesakit akan jadi sangat teruk kerana urosepsis.
Ini adalah kecemasan dan pesakit tersebut perlu rawatan dengan antibiotik dan halangan tersebut perlu di atasi dengan memasukkan tiub ke dalam ureter untuk melepasi ureter atau memasukkan tiub ke buah pinggang untuk mengalirkan air kencing yang dijangkiti kuman.
Halangan yang kronik akan merosakkan buah pinggang dan jika berlaku pada kedua-dua buah pinggang pesakit tersebut akan mengalami kegagalan buah pinggang.
Jika ada batu karang, tetapi tidak menghalang aliran air kencing juga boleh menyebabkan jangkitan yang berulang-ulang yang di namakan Pyelonephritis.
Begitu juga dengan batu karang di pundi kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman.
Batu ini boleh menjadi penghalang dengan tersekat pada pangkal pundi kencing, di bahagian pundi kencing bersambung dengan urethra iaitu saluran kencing di dalam zakar, atau di dalam urethra sendiri.
Dalam situasi ini, pesakit tersebut akan menghadapi kesukaran membuang air kecil dan terdapat pengumpulan air kencing.
Jika ia berlaku untuk tempoh yang lama tekanan kebelakang mungkin akan memberi kesan kepada ureter dan buah pinggang yang akan menyebabkan kegagalan buah pinggang.
Otot pada pundi kencing yang gagal mengeluarkan halangan tersebut akan meregang dan kemudiannya menjadi kegagalan otot.
Ini adalah penting kerana pesakit mungkin tidak dapat mengeluarkan air kencing dari pundi kencing biarpun batu tersebut telah dikeluarkan.
Dalam kes yang jarang berlaku, terdapat gangguan berterusan oleh batu karang pada permukaan dalam pundi kencing dan akan menyebabkan kanser.
.
.
.
RAWATANπŸ‘‡
Kebanyakan batu karang yang kurang dari 4mm akan keluar dengan sendiri. Tetapi pesakit akan memerlukan intervensi/rawatan jika batu itu tidak keluar selepas tempoh pemerhatian dan berterusan menyebabkan kesakitan.
Batu tersebut mungkin akan membesar atau menyebabkan komplikasi seperti halangan dan jangkitan. Kadangkala batu karang tersebut tidak menyebabkan kesakitan tetapi menyebabkan fungsi buah pinggang semakin teruk.
Rawatan batu karang ini bergantung kepada lokasi, saiz dan jenis batu karang tersebut.
☑️Extracorporeal Shockwave Lithotripsy (ESWL)
Ini adalah prosedur yang biasa dijalankan di mana pesakit akan baring di atas meja khas dan gelombang yang dikeluarkan oleh sejenis mesin menembusi badan pesakit dan memecahkan batu itu kepada ketulan-ketulan kecil.
Pesakit itu akan mengeluarkan serpihan batu ini apabila kencing. X-ray atau ultrasound digunakan untuk mengesan lokasi batu karang tersebut. Prosedur ini sesuai untuk batu karang yang kurang dari 2 cm dan kebanyakan batu karang di dalam ureter boleh dilihat dengan x-ray.
Ini adalah prosedur pesakit luar dan biasanya pesakit akan diberi suntikan penahan sakit dan ubat tidur. Batu yang lebih besar memerlukan beberapa kali siri rawatan.
Kesan lebam mungkin boleh dilihat di bahagian belakang. Lazimnya terdapat kencing berdarah, kadangkala pendarahan ini akan menyebabkan darah beku yang besar di sekeliling atau di dalam buah pinggang.
Jika terlalu besar, ia akan menekan buah pinggang. Jangkitan boleh berlaku dan pesakit akan demam dan sakit belakang. Serpihan batu itu mungkin tidak keluar kesemuanya dan akan membentuk jalur yang menghalang ureter. Oleh kerana itu tiub akan dimasukkan untuk mengeluarkan air kencing dari pundi kencing dan buah pinggang sebelum ESWL.
☑️Percutaneous Nephrolithotomy
Dalam prosedur ini doktor akan melakukan hirisan kecil pada belakang pesakit di bahagian buah pinggang untuk membentuk satu laluan bagi memasukkan sejenis alat yang berteleskop.
Batu karang dilihat dan dipecahkan dengan sumber kuasa seperti laser, ultrasound atau angin. Di akhir prosedur, pesakit akan ada tiub sementara untuk mengeluarkan air kencing.
Prosedur ini dijalankan dengan bius penuh, sesuai untuk batu karang yang lebih besar dari 2 cm dan yang gagal ESWL.
Komplikasi yang biasa berlaku adalah jangkitan dan pendarahan semasa atau selepas prosedur. Kadangkala agak mustahil untuk mengeluarkan kesemua batu karang tersebut dan pesakit perlu menjalani prosedur kecil melalui hirisan yang sama untuk mengeluarkan baki batu tersebut.
☑️Ureteroscopy
Prosedur ureteroscopy melibatkan memasukkan sejenis alat melalui urethra, pundi kencing dan ke dalam ureter.
Batu karang akan dipecahkan, dikeluarkan dan tiub sementara akan dipasang dalam ureter untuk mengeluarkan air kencing.
Prosedur ini dilakukan dengan bius penuh dan sesuai untuk batu karang dalam ureter yang besar, tidak dapat dilihat dengan x-ray atau gagal dipecahkan dengan ESWL.
Komplikasi yang biasa termasuk kecederaan pada ureter, jangkitan dan pendarahan.
☑️Pembedahan Terbuka
Ini jarang dilakukan sekarang kerana kebanyakan batu boleh dikeluarkan dengan cara yang lebih mudah.
Untuk pesakit yang mempunyai batu karang yang besar, ia masih lagi menjadi pilihan. Kadangkala apabila buah pinggang dengan batu karang ini menjadi berparut dan tidak berfungsi dengan baik, ia akan dikeluarkan.
Masih lagi ada peranan pembedahan terbuka untuk membuang batu karang yang besar.
.
.
.
PENCEGAHAN πŸ‘‡
Apabila pesakit telah ada batu karang, dia mempunyai risiko untuk pembentukan batu karang lagi.
Pesakit dinasihatkan untuk meminum sekuarng-kurangnya 2-3 liter air untuk memastikan diri mereka cukup air dan mencairkan air kencing mereka.
Panduan yang baik ialah apabila kencing, warnanya jernih seperti air. Nasihat ini lebih penting kita di iklim panas ini.
Perubahan dalam pemakanan mungkin diperlukan untuk mencegah pembentukan batu karang.
Diet yang kaya dengan protein mungkin akan meningkatkan pengeluaran kalsium oxalate dan asid urik dalam air kencing.
Pesakit yang mempunyai batu karang jenis asid urik dinasihatkan untuk mengurangkan makanan yang kaya dengan purine seperti daging merah, makanan laut dan alkohol.
Tidak ada halangan untuk mengambil makanan tenusu yang kaya dengan kalsium untuk mencegah batu karang jenis kalsium, tetapi biarlah bersederhana.
Makanan seperti coklat, kopi dan bayam kaya dengan oxalate dan patut dikurangkan pengambilannya untuk mereka yang berulangkali membentuk batu karang jenis oxalate.
Dalam keadaan lain pesakit mungkin perlu mengambil ubat untuk mencegah pembentukan batu karang jenis kalsium dan asid urik.
Ubat allupurinol mungkin berguna bagi yang masih mempunyai masalah batu karang jenis asid urik biarpun dengan mengawal makanan.
Ini biasanya dengan kombinasi ubat untuk mengurangkan keasidan air kencing.
Kumpulan Sokongan
Malaysian Urological Association (MUA)
National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Disease.
Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Dr. Susan Woo
Penyemak : Dr. Sunita a/p Bavanandan
(SUMBER: PORTAL MYHEALTH)
.
.
.
TESTIMON MENGUNAKAN SET BATU KARANG SHAKLEEπŸ‘‡
Nama saya Akmal Mustafa dan berumur 28 tahun. Saya seorang suri rumah, mempunyai 3 orang anak dan kini menetap di Terengganu. Saya pernah mengalami masalah sakit kencing sejak dari bangku sekolah. Seingat saya ketika saya di tingkatan tiga.
Baru Sedar Ada Masalah Batu Karang
Penyakit tersebut berlarutan untuk jangka masa yang agak lama. Hinggalah apabila saya berkahwin pada tahun 2008. Kesakitan yang saya alami semakin teruk. Saya mula tahu saya menghidap batu karang apabila terjadi insiden selepas saya mengurut perut dengan bidan, pada hari yang sama saya merasa sakit yang terlampau dahsyat.
Seperti ada sesuatu yang tajam seolah menghiris bahagian peranakan seta saluran kencing saya hingga menyebabkan saya menggelupur kesakitan. Bahkan saya tak mampu untuk berjalan kerana terlampau sakit. Suami saya terpaksa menggendong saya ke hospital kerana keadaan saya yang tak mampu untuk berjalan.
.
.
.
Mula Alami Sakit Saluran Kencing Sejak Umur 15 Tahun
Bermula dari situ doktor melakukan scan dan test urine dan dapat detect saya mengalami batu karang. Ini berlarutan sehingga saya merasa sakit dalam saluran kencing, sakit ketika bersama suami, rahim bengkak dan jangkitan kuman. Saya mengalami perkara ini sejak berumur 15tahun. Selain ubat hospital saya ada berikhtiar dengan ubatan kampung. Minum rebusan akar kayu dan ubat homeopathy.
Tapi kesannya saya mengalami pening yang melampau serta saya juga terpaksa berjumpa pakar ENT kerana ubat yang saya makan menyebabkan dalaman saya kepanasan hingga memberi effect telinga saya sakit dan berdengung.
Doktor sarankan saya berhenti dan mencadangkan saya supaya makan ubatan yang telah ditetapkan dos pengambilan yang betul. Akhirnya saya stop dan selepas itu hanya menggunakan suplemen Shaklee. Saya berikhtiar dengan produk Shaklee selepas hasil pencarian di internet.
.
.
.
Bermula Amalkan Shaklee
Pada mulanya saya hanya mengambil Alfalfa Complex dan Performance Drink sebagai langkah untuk mencegah kencing kotor. Alhamdulilah sekitar 1 minggu konsisten saya dapat kesan positif. Sakit bertahun yang saya alami dan bergantung dengan pil killer untuk tahan kesakitan hilang!
Lepas tu saya mula ambil tambahan vitamin lain seperti Ostematrix dan Vita-C. Then saya buat pemeriksaan doktor untuk kepastian, sakit kencing saya hilang, kencing kotor pun pulih, rahim dah tak bengkak. Tapi batu karang masih ada.
Kemudian saya mula membeli tambahan vitamin sebab saya nk kesan yang extra. Saya nak hilangkan terus batu karang. Saya mula minum Vivix. Alhamdulilah.
Bersyukur sgt asbab sebotol Vivix yang saya minum, hasil pemeriksaan doktor batu karang saya hilang! Doktor pun terkejut dan tanya apa yang saya amalkan. Saya bawa botol Vivix dan tunjuk pada doktor.
Doktor nasihatkan saya untuk terus amalkan pengambilan nutrisi yg sihat untuk mencegah batu karang dari terbentuk kembali. Saya mula beli Vivix selepas daftar sebagai ahli Shaklee.
.
.
.
Saya tahu tentang Vivix hasil dari research dan produk study serta mencari testimoni pengguna Vivix. Saya mengambil sesudu kecil sekali sehari. Saya juga turun mengambil suplemen Shaklee lain seperti Performance Drink, Alfalfa, Caratomax, Omega guard, B-Complex, Lecithin Vita-C dan Ostematrix. Antara healing crisis yang saya alami ialah letih dan mengantuk, kencing menjadi sangat kuning dan beransur bersih dari hari ke hari.
Oleh kerana saya menyusukan anak, hari pertama dan kedua baby kurang menyusu, mungkin ada perubahan pada rasa. Tapi saya lebihkan minum air putih. Sesudu Vivix sehari saya bahagikan untuk pengambilan 3 hari supaya kandungannya dapat balance dgn tubuh saya.
Alhamdulilah dengan cara tu baby saya kembali menyusu macam biasa dan lepas tu saya minum sesudu kecil sekali sehari balik. Dua minggu selepas minum Vivix, perubahan ketara saya tak lagi rasa sakit dan tak selesa pada saluran kencing. Tubuh menjadi ringan dan bertenaga dan tak mudah letih. Susu badan juga semakin meriah.
Saya mengambil masa dua bulan makan pil dan vitamin dan 2 minggu untuk menghabiskan 1 botol Vivix. Hasil scan dan urine test kuman batu karang dan batu karang hilang. Saranan saya pada yang mengalami penyakit batu karang, cubalah berikhtiar dengan suplemen Shaklee terutamanya Vivix, kerana Vivix berfungsi membantu untuk merawat sistem dalaman tubuh badan kita.
Saya sangat bersyukur pada Allah asbab pengambilan ViVix dan beberapa vitamin lain batu karang saya sembuh. Saya sangat berpuas hati dengan produk Shaklee. Alhamdulilah dan syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaanNya saya sembuh dan dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan tenang. Terima kasih atas peluang ini.
.
.
.
Supplement Terbaik Sebagai penawar Batu karangπŸ‘‡
Vivix - Suplemen yang terbaik daripada Shaklee yang membantu memelihara kesihatan.
Performance Drink - Membantu mengekalkan bendalir di dalam badan.
Alfalfa Complex - Mengurangkan infeksi dan inflamasi.
Vitamin C - Membantu mengasidkan urin dimana keadaan berasid tidak sesuai untuk pembentukan batu karang.
B- Complex - Membantu menurunkan garam mineral dengan bantu magnesium yang terkandung di dalam Ostematrix.
Ostematrix - Mengandungi magnesium untuk membantu menurunkan oksalat.
Caratomax- Menyembuh saluran urinary yang Luka oleh Batu karang
Lecithin- pemgemulisasi lemak Dan Minyak Makanan yang dimakan Dan menghalang daripada diserap badan
Omega Guard- membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan Batu karang.
.
.
.
CARA PENGAMBILAN SET BATU KARANG SHAKLEEπŸ‘‡
CADANGAN PENGAMBILAN VIVIX
☑️Vivix - 1 sudu teh sebelum tidur / selepas breaskfast
CADANGAN PENGAMBILAN PERFORMANCE DRINK
☑️Performance Drink - Boleh ambil berapa banyak dan bila-bila masa. Ia macam air isotonik 100 Plus. Untuk bulan puasa, boleh ambil 1 sudu besar masa sahur dan 1 sudu besar masa berbuka.
CADANGAN PENGAMBILAN ALFALFA
☑️Alfalfa - Max intake 10 biji sehari after meal. Untuk ibu menyusu boleh suggest 2-3 biji sahaja setiap hari. Jika susu masih kurang dan untuk boost susu, tambah 1 biji setiap kali selepas pam. Lepas tu tambahkan sikit-sikit. Untuk kegunaan biasa, 2-3 biji sehari dah cukup. Untuk Set Diet boleh ambil 10 biji sehari
CADANGAN PENGAMBILAN SUSTAINED RELEASE VITAMIN C
☑️Sustained Release Vitamin C 500mg - 1 biji after meal, kecuali untuk orang yg sakit teruk, perokok, resdung teruk boleh suggest 2 biji setiap hari. Kalau demam pun boleh amek 2 biji, patah dua supaya cepat diserap oleh badan.
CADANGAN PENGAMBILAN B-COMPLEX
☑️BComplex - 1 biji after meal (After breakfast / lunch sbb vitamin ni memberi tenaga).
☑️Kalau tgh under lots of stress, boleh makan 2 biji. 1 biji pagi & 1 biji tghari.
☑️Maximum pengambilan 4 biji sehari.
☑️Kanak-kanak umur 9 tahun ke atas dah boleh ambil BComplex 1 biji sehari sahaja sebab pelajar sangat-sangat memerlukan B-Complex ni.
CADANGAN PENGAMBILAN OSTEMATRIX
☑️Ostematrix - 2-4 biji sebelum tidur malam. Ini kerana masa tidur adalah masa paling lama kalsium boleh ada dlm badan. Biasanya, 2 biji sehari dah mencukupi. Tapi kalau orang yang langsung tak minum susu, boleh ambil 4 biji. Bagi yang ada sakit pinggang / belakang yang teruk boleh juga ambil 4 biji untuk hilangkan kesakitan tu..
CADANGAN PENGAMBILAN CARATOMAX
☑️Pemeliharaan kesihatan : 1 biji , 2 kali sehari , selepas makan .
☑️Penyakit mata / semasa rawatn penyakit : 2 biji , 2 kali sehari .
CADANGAN PENGAMBILAN LECITHINπŸ‘‡
☑️Lecithin - Untuk slimming: 6 biji sehari after meal (3 biji after lunch & dinner. Atau 2 biji after breakfast, lunch & dinner). Untuk kecerdasan otak, rambut yg cantik dll : 1-2 biji sehari. Untuk kanak-kanak 9 tahun ke atas dah boleh ambil 1 biji lecithin utk perkembangan otak. Boleh ambil bersama OmegaGuard juga
CADANGAN PENGAMBILAN OMEGA GUARDπŸ‘‡
☑️Omega Guard - Ibu hamil / menyusu : 1 biji sehari after meal; Orang biasa atau yang nak slim: 3 biji sehari; Kanak-kanak kecil (1-3 tahun): 1 biji 2-3 kali seminggu; Kanak-kanak yg lebih besar: 1 biji sehari.
.
.

.

Ingin maklumat lebih lanjut? 

Hubungi Doc Non sekarang di 014-6389842 

014-6389842 (Doc Non)

014-6389842 (Doc Non) 


#bisnessonline #shaklee #parttimejob #kelasonline #bisnessdarirumah #bisnessmodalrendah #bisnessshaklee


No comments:

Post a Comment