๐Ÿ˜Ž Selamat Datang Ke Kedai Shaklee DocNon ๐Ÿ˜Ž

Monday, May 15, 2023

IBU RESIGN SEBAB ANAK SAKIT DAN TIPS HEALING SAMPAI ANAK KEKAL SIHAT!

 Bismillahirrahmaanirrahim... 

Anak-anak kerap tak sihat? Selalu demam ? Batuk selsema teruk? Berat tak cukup dan underweight ? 

Harini saya nak kongsikan satu topik yang berat lagi menyentuh emosi sesiapa saja yang bergelar mak, ibu, mama, ummi, bonda, mummy................

Kalau bab anak ni, cakap je nampak mudah untuk digambarkan, tapi selagi belum bergelar seorang ibu, anda still belum dapat betul-betul faham dan dalami hakikat sebenar perasaan seorang ibu tu macam mana...heart-to-heart talk antara ibu-ibu lah yang lebih memahami segala 10001 perkara yang tersurat di sebalik yang tersirat..kasih ibu yang dapat korbankan segala-galanya demi cinta pada anak.... 


Terima kasih Irfan dan Affan sebab ajar ibu 1001 erti pengorbanan seorang ibu

Cerita nya bermula sejak ibu mula jadi seorang ibu pada tahun 2020, tahun Irfan lahir... 

Pada masa tu ibu sangat sibuk bertugas sebagai doktor di hospital menjadi salah seorang 'frontliner' di kala kegawatan musim COVID mula mencanak 

dan di musim PKP di mana hari cuti petugas kesihatan DIBEKUKAN disebabkan beban pesakit bertambah dalam masa yang sama banyak drill-drill,SOP dan prosedur baru yang perlu kami belajar dan laksanakan dalam masa yang cepat ~~ bayangkan bekerja tanpa ada hari cuti !

betapa perit dan azabnya stress masa tu Tuhan je yang tahu๐Ÿ˜“

waktu ni tengah pregnant, tapi still kena jaga COVID, 
perasaan risau dan takut tu Tuhan je yang tahu
dari segi fizikal pulak, sedangkan pakai baju biasa dah cukup panas time pregnant dan mudah semput
inikan pula kena pakai 2-3 lapis dengan mask topeng yang sangat seal kemas macamtu 
banyak kali check oksigen sendiri memang dapat 90% je 
tapi kuatkan semangat kerja dari pagi sampai malam dalam keadaan macam ni.. 
dengan makan entah ke mana, nak ke toilet pun dah susah nak donning dan doffing, dahla pregnant asyik nak terkencing kan.. bab makan memang dah tak fikir time tu ๐Ÿ˜ฅ

Akhirnya anakku lahir sebagai premature baby, 
setelah banyak episod early contraction, reduced fetal movement, uti dll.. 
effect pregnancy tak cukup rehat dan stressful memang akan akibatkan baby lahir awal dari waktu tau
effect baby premature pulak boleh menyebabkan baby tak cukup matang dan banyak komplikasi selepas lahir.. 
Bersalin pun hari postcall yang mana malam oncall tu sangat eventful tak sempat rehat langsung 



Irfan terus ditolak ke NICU lepas lahir sebab tachypneic (nafas laju) 
Ibu pulak pengsan dah time tu, tak sempat tengok anak ๐Ÿ˜ญ
It was such an eventful delivery; kalau cerita A-Z kena buat 1 post tajuk asing tau
tapi pendek cerita, lepas Irfan keluar tu, uri lekat (retained placenta) so diorang sibuk-sibuk settlekan yang tu, tak sempat bagi tengok baby,
sampai sejam kena seluk sakit ya Tuhan sampai tiba-tiba rasa makin gelap dan pitam kt situ
ingatkan dah nak pergi ke alam lain dah, siap mengucap dah..
Last ibu dengar semua kalut-kalut check BP and jerit-jerit suruh prepare OT, then dah shut down tak dengar apa,, 
Sedar balik bila sakit kena bius cucuk tulang belakang dalam bilik bedah kejap pastu pengsan balik sebab kena bius kan.. 


Dari bersalin pukul 9 pagi tu lepastu pengsan ZzZzZ.. Pukul 10 malam tu pulak baru tersedar sorang-sorang kat ward (time PKP takboleh ada orang jaga, kena duduk sendiri huwaa) pastu meroyan cari anak kat sebelah takde (anak masuk NICU)


Dipendekkan cerita, lepas 14hari yang mencabar, baru lah Irfan keluar dari NICU! Irfan mula-mula pakai oxygen sebab isu pernafasan, lepastu ada feeding isu pulak sampai kena pakai ryle's tube (tiub makanan) lepastu jaundice teruk pula sampai kena double phototherapy ๐Ÿ˜ญ And irfan ada congenital defect iaitu inguinal hernia ; yang mengebabkan sampai sekarang sistem penghadaman dia sensitif dan ada isu. 

Strong boy ibu ๐Ÿ˜“
 
Dilema tak berakhir di situ je, yang paling sedih ialah lepas habis je ibu cuti pantang, HR terus suruh ibu lapor diri kat Medical time-time kes COVID paling mencanak waktu tu.. time-time yang ICU semua full bed dan hari-hari ramai yang meninggal sebab COVID... 

Time tu ibu risau betul kalau terkena COVID sebab fikir anak tengah sangat perlukan kita, lagi risau kalau kita terbawak balik jangkitan kat dia... sampai mengangis-nagis tumpah air mata melutut depan pegawai HR tu mohon tukar ke unit lain untuk sementara waktu at least sampai anak habis fully vaccinated tapi permohonan ditolak mentah-mentah ! (Padahal sebenarnya ada je kes-kes yang boleh tukar sementara tapi taktahulah kenapa mungkin takdir Tuhan untuk ujian sebegitu..)

Kalau ikutkan suami time tu dia dah suruh quit berhenti kerja je tapi time tu ibu serahkan segala pergantungan mengharap kekuatan dan perlindungan dari Allah untuk jaga kami... dan suami ada ajar doa Abu Darda' untuk doa perlindungan.. 

Maha Kuasa Allah, ibu tak pernah kena COVID sampai sekarang 
walaupun hampir tiap hari hadap patient COVID 
Juga time tu memang ibu betul2 jaga donning doffing betul2, hand sanitize, basuh tangan byk kali, 
mandi sebelum balik, penat memang penatt tapi fikir anak, semua buat betul-betul
paling ingat bab social distancing, mmg ibu jaga sgt sampai tak bersembang pun dengan kawan sekerja
time pakai mask n topeng jelah berani sembang sikit-sikit tapi tak dengar n sibuk kerja
time off suit angkasawan tu terus lari jauh-jauh taknak berjangkit2 bawak balik rumah..sedihh


Kenangan di KKM

Tahun 2022, rezeki Affan pulak lahir.. Alhamdulillah Affan lahir normal dan cukup waktunya sebab waktu tu dah tenang dah habis PKP things was better.. 

Tapi bab imuniti badan dia, still kurang daya tahan, hampir tiap bulan demam.. sedih sangat.. 

Ibu memang boleh dikatakan sakit tekak tu dah asam garam hidup... demam batuk sebulan sekali tapi still pergi kerja macam biasa tu pun perkara normal.. untuk diri kita je tak kisahlah 

Tapi yang sedih sebab bawak balik ke anak-anak sampai berjangkit-jangkit tiap bulan Irfan dan Affan akan batuk selsema demam... paling tak tahan yang kalau dah muntah-muntah tiap hari 3,4,5,6 round muntah... ๐Ÿ˜ญ Sampaikan Affan yang baru beberapa bulan time tu belum lagi setahun, banyaakk kali kena postpone cucuk vaccine sebab asyik demam, lepastu pulak berat dia makin turun sampai dah ke line kuning underweight pastu kena follow up KK makin banyak kali sedangkan ibu nak cuti pun susah postcall macam zombi dok queue kat KK (nak mintak tukar kerja KK pulak tak dapat walaupun dah 1001 usaha ibu mohon, tu satu episode lain - still kena campak kat hospital yang sibuk sampai kena oncall 24jam setiap 2-3hari tinggal anak-anak kecik pagi sampai malam sampai pagi esoknya ๐Ÿ˜–kesimpulannya KKM memang kejam dan takberperikemanusiaan!) 

************

Sampailah pada 1 breaking point ibu... 


Time ni husband bawak Affan datang kecemasan sebab nafas laju walaupun dah neb banyak kali 
Hari tu ibu oncall 24jam, sibuk call tanya sana sini cari back up tapi memang tak cukup orang kerja takde orang boleh ganti 
So terpaksa proceed oncall walaupun anak sendiri kena warded;
time kat emergency tu pun tak sempat nak duduk sebelah anak sebab sorang-sorang je patient lain pun ramai
Affan dari jauh jerit-jerit je panggit mak dia yang terpaksa jadi doktor dulu lebih dari jadi seorang ibu ๐Ÿ˜ญ

Paling sedih.. sepanjang 24jam oncall tu tak sempat pun jenguk anak kat ward walaupun dah duduk kat 1 hospital... jarak ED ke ward tu berapa langkah.. tapi ramai sangat yang tak stable sampai tak sempat nak tinggal kejap... sedihh sangat sangattt!!! 


Nasib baik ada ayah jaga Affan.. Affan tercari-cari mana ibu ni.. Ibu kan doktor.. kenapa tak datang check Affan ๐Ÿ˜ข

Lepas je Affan sihat dan discharged..........ibu nekad untuk hantar resignation letter... walaupun pengarah hospital pujuk.. tapi ibu nekad sebab ayah pun dah banyak kali suruh ibu quit.. ayah je tahu dan faham segala keperitan yang anak-anak dan ibu lalui dan segala pengorbanan ayah jaga anak-anak sepanjang ibu asyik kat hospital lebih dari kat rumah... 


Quit KKM, bye!! it was the best decision in my life, sekali pun tak pernah menyesal ๐Ÿ’

Sejak ibu quit KKM tu, sebenarnya ibu dah dapat 3 offer untuk kerja di private sector yang mana income double dari kerja under KKM, tapi working hours much much more better and yang penting ada hari cuti ! Alhamdulillah rezeki anak-anak... tapi satu persatu offer ibu terpaksa tolak dan withhold dulu sebab ibu nak betul-betul focus jaga anak-anak sampai betul-betul sihat dulu.... 

Ni antara usaha ibu untuk bantu anak kekal sihat : 

๐Ÿ‘ฆ1. PAUSE HANTAR KE TASKA/PENGASUH - sebab utama ibu terus quit sebab nak jaga anak-anak sendiri di rumah. Elakkan dari lebih kerap berjangkit dengan anak-anak lain di taska/pengasuh. 

asyik demam je time ni.. 

sampai naik ruam lah.. sedih tau baby-baby demam batuk
banyak ubat yang dia tak boleh makan lagi belum cukup umur.. so bertahan je ๐Ÿ˜ 

time ni celebrate birthday 1 tahun, birthday-birthday pun demamm ๐Ÿ˜ท
celebrate lah dalam rumah je
tapi ini last dia demam tau sebab sejak umur dia dah cukup setahun, 
ibu dah boleh start bagi supplement best tu..nanti ibu share apa ok..


๐Ÿ‘ถ2. MASAK MAKANAN SIHAT HARI-HARI - macam macam menu ibu R&D, menu yang sihat tapi yang anak-anak suka sebab tak semua yang kena dengan tekak anak-anak.

selera betul dia!
licinn dua dua kaunter ๐Ÿ˜๐Ÿ˜‹

Pada awalnya, struggle jugak ibu kumpul menu dan masak hari-hari sebab ada hari yang tak laku pun masakan ibu..tambah kalau diorang tak sihat memang kena reject! minum susu je.. hampir give up tapi ibu kuatkan semangat ๐Ÿ’ช time diorang selalu sakit dan cuma selera minum susu je, ibu bancuh supplement dalam susu, lepas tu selera diorang makin bertambah dan dah tak sakit ! 

๐Ÿ‘ฆ3. BANYAK MAIN, LUANGKAN MASA DAN LEBIH PERHATIAN PADA ANAK-ANAK - bila anak-anak emotionally stable dan dapat banyak kasih sayang dan perhatian, automatik akan lebih mudah dapat perkembangan positif




๐Ÿ‘ถ4. BANYAK BAWAK ANAK-ANAK BACK TO NATURE/ OUTDOOR ACTIVITY - bawak therapy ke pantai, sungai, padang.... 






๐Ÿ‘ช5. SUPPLEMENT penting untuk anak ! - tambah-tambah kalau anak kerap sakit takde selera makan, lepastu pulak fasa 'picky eater' yang mana dia nak makan benda yang dia suka je, jadi mana nak cukup segala nutrient-nutrient dan vitamin penting  untuk pertumbuhan dan sistem imuniti anak-anak. 

untuk ibu... point ke 5 ini yang saaangat saangat membantu !!! Disebabkan vitamin yang ibu bagi ni lah yang anak-anak ibu sampai sekarang Alhamdulillah dah tak demam lamaaa dah walaupun dah hantar ke taska semula, walaupun sekarang ni musim panas melampau, walaupun raya haritu beraya sakan travel rentas 3negeri non stop dengan jumpa ramai orang sana-sini, sepupu batuk-batuk berdebarr je tengok diorang main sama sama tapi Alhamdulillahhh ya Allah atas izin Allah ikhtiar ibu menjadi lepas ibu konsisten bagi supplement untuk anak-anak... baby Affan pun dah graduated TCA KK bab berat badan dah naik konsisten... ๐Ÿ’ช

Ibu akan cerita pasal SUPPLEMENT dan VITAMIN berkesan dan terrbaik ni dalam next post OK!

๐Ÿ’—6. Point last tapi paling penting- DOA, DOA, DOA !!! - Doa seorang ibu tu tak terhijab.. jadi doa sesungguhnya minta Allah izinkan anak-anak kita sihat selalu, inshaAllah... baik sangka dan yakin dengan pertolongan Allah! 



Disebab kan anak-anak ibu dah makin sihat dah lama tak sakit.. ibu pun dah boleh focus buat banyak kerja... Alhamdulillah... ๐Ÿ˜Š


p/s dann Alhamdulillah lepas raya haritu ibu dapat offer untuk kerja tetap buat kali yang ke-4.. kali ni tempatnya dekat dengan rumah... waktu yang flexibel dan mesra 'ibu-ibu'... hati ibu macam dah bersedia.. cuma ibu mintak postpone sikit lagi sampai Affan completed vaccination wajib dia... Alhamdulillahh dipermudahkan dan setuju untuk ibu start September nanti... jadi dalam masa sebelum September ni ibu memang all out nak spend masa dengan anak-anak sambil ibu buat the best part time yang fleksibel sambil main-main dengan anak pun income masyukk.. ibu dah jatuh chenta nanti dah kerja tetap pun ibu still akan continue part time ni sebab sangat best, fleksibel dan mesra ibu-ibu! ๐Ÿ˜







No comments:

Post a Comment