Berikut disenaraikan TOP 10 penyakit di Malaysia berdasarkan statistik Kementrian Kesihatan Malaysia :
1. SAKIT JANTUNG
π Serangan jantung berlaku apabila berlaku blockage pada salur darah pada jantung, menyebabkan jantung anda tidak mendapat pengaliran darah dan oksigen yang diperlukan dan boleh menyebabkan otot jantung boleh mati dan tidak berfungsi.
π Bergantung pada tahap blockage salur darah, ada yang bernasib baik sempat dapatkan rawatan, ada yang perlu rujukan segera pada pakar cardiology untuk prosedur angioplasty dan masukkan stent, atau jalani pembedahan bypass.
Stent tu 1 stent harga rm12k belum masuk harga prosedur dll, ada yang perlu masuk sampai 3 stent |
Operation jantung antara operation yang paling berisiko tinggi, umpana peluang hidup 50/50 Pembedahan boleh cecah 3-6 jam atau lebih bergantung keadaan salur darah atau komplikasi lain |
π Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan risiko penyakit arteri koronari ialah tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, obesiti, peningkatan umur, merokok, sejarah keluarga dan kekurangan aktiviti fizikal.
πTanda-tanda penyakit arteri koronari termasuk sakit dada, sesak nafas, berpeluh, pening, dan loya.
πSekali je anda pernah sakit jantung, ubat kena makan seumur hidup dan risiko untuk serangan jantung berulang dan makin teruk sentiasa makin tinggi
Kenangan bersama rakan sekerja yang kini sedang melanjutkan kepakaran dalam bidang Cardiology di Hospital Serdang |
Semoga kita dan keluarga di jauhkan dari penyakit jantung yang menjadi SILENT KILLER ramai rakyat malaysia ni !
2. STROK
π Strok berlaku apabila ada blockage pada salur darah di otak atau apabila salur darah pecah disebabkan tekanan darah terlalu tinggi atau kemalangan dan akan menyebabkan pendarahan dalam otak.
π Pesakit akan mengalami kesan seumur hidup sama ada lumpuh, perlu bergantung pada saluran makanan, tidak dapat bercakap semula, pendek kata sudah tidak dapat menguruskan diri sendiri dan perlu bergantung pada penjagaan penuh dari orang lain.
π Ada yang dapat pulih selepas sesi rawatan dan rehabilitasi namun risiko untuk berulang semula sentiasa makin tinggi
Jangan berlengah jika mengalami tanda awal strok, terus ke kecemasan Kerana keberkesanan rawatan bergantung pada masa anda bertindak selepas mendapat simptom |
3. KENCING MANIS / DIABETES MELLITUS
πSebenarnya ini lah antara PUNCA PENYAKIT palingg palinggg TOP untuk rakyat Malaysia.
π Kalau anda ada sejarah keluarga mak atau ayah yang ada kencing manis, sila lebih beringat dan jaga makan. Kalau sewaktu mengandung anda dapat GDM (Gestational Diabetes Mellitus - disebabkan insulin resistance ketika keadaan mengandung), selepas bersalin anda tetap perlu beringat dan jaga pemakanan ........ jika bersikap sambil lewa, itulah sebab ramai rakyat Malaysia muda-muda dah kencing manis !
π Kencing manis ini lah punca awal yang membawa bermacam-macam komplikasi. Ramai yang rosak buah pinggang sehingga perlu dialisis disebabkan komplikasi kencing manis. Ramai yang berisiko tinggi mati mengejut disebabkan serangan jantung disebabkan komplikasi kencing manis. Ramai yang terpaksa dipotong jari kaki, melarat ke kaki, sehingga terpaksa dipotong atas lutut dan kudung kedua kaki, komplikasi kencing manis lain termasuk masalah saraf, penglihatan, mudah terkena jangkitan kuman dan sistem imuniti daya tahan lemah.
Pergi lah check bacaan gula dalam darah ya, jika >7 waktu berpuasa atau >11 tidak berpuasa, sudah dikira kencing manis |
Kencing manis bukan penyakit biasa-biasa, beringat sebelum kena! Jaga PEMAKANAN adalah kunci utama |
4. DARAH TINGGI / HYPERTENSION
π Darah tinggi juga antara penyakit yang makin RAMAI rakyat Malaysia dapat sejak muda lagi.
π Faktor obesiti, pemakanan, stress, merokok, masalah buah pinggang, menjadi faktor utama
π Sebab itu penting untuk kita jaga pemakanan, elakkan makanan masin atau terlalu banyak perisa dan poengawet seperti di dalam fast food/processed food. Jaga berat badan dari awal dan elakkan obesiti.
π Antara sebab utama rakyat Malaysia mudah dapat STROK adalah disebabkan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal. Bayangkan, salur darah anda umpama BOM JANGKA MASAπ£yang boleh PECAH pada bila-bila masa disebabkan tekanan darah yang terlalu tinggi. Jika salur darah di otak pecah, berlaku pendarahan otak dan anda berisiko lumpuh kekal. Jika salur darah utama di badan pecah akibat Abdominal Aortic Aneurysm (AAA), boleh menyebabkan maut mengejut!
5. KOLESTROL TINGGI / DYSLIPIDEMIA
π Kolestrol tinggi juga antara penyakit TOP rakyat Malaysia yang menjadi punca utama kepada banyak PENYAKIT KRONIK lain seperti STROK dan SAKIT JANTUNG.
π Jika tempoh percubaan untuk kawal pemakanan tidak berjaya, anda perlu makan ubat STATIN setiap malam sepanjang hayat anda, ubat tersebut diproses di HATI dan perlu pula sentiasa pantau fungsi hati agar tidak ada kesan sampingan.
π Itulah pentingnya jaga pemakanan dan bersenam sebelum penyakit seperti ini menyerang
6. COPD DAN ASTHMA
π COPD dan asma keduanya ialah penyakit sistem pernafasan. Bagi Asthma, faktor genetik menjadi punca utama yang sukar untuk dicegah tetapi boleh dikawal. COPD pula disebabkan banyak faktor termasuklah MEROKOK sebagai punca utama.
Orang yang BIJAK dan WARAS pasti takkan merokok ! |
7. GOUT DAN OSTEOARTHRITIS
π Cabaran terbesar bagi pesakit Gout dan Osteoarthritis ialah rasa SAKIT yang tidak dapat ditanggung! Sedangkan makan ubat tahan sakit sahaja tidak memberikan apa-apa kelegaan sehingga ramai yang perlu ke klinik/hospital untuk mendapatkan ubat SUNTIKAN yang lebih kuat.
π Timbul pula masalah lain apabila mereka bergantung pada ubat tahan sakit setiap hari, boleh menyebabkan kesan sampingan seperti masalah buah pinggang dan gastrik.
π Biasanya gout terjadi disebabkan faktor genetik dan faktor pemakanan. Susah jika sudah mendapat gout, terlalu banyak makanan yang perlu dielakkan termasuk daging, makanan laut, ikan, dan juga sayur-sayuran
π Osteoarthritis pula ialah penyebab SAKIT LUTUT nombor 1 di kalangan rakyat Malaysia. Osteoarthritis berlaku atas faktor usia sebagai punca utama. Namun, ada langkah-langkah pencegahan yang dapat membantu elakkan penyakit osteoarthritis termasuklah pastikan mendapat Calcium, Magnesium, vitamin D yang mencukupi.
π Ramai pesakit Gout dan Osteoarthritis yang mendapat perkembangan positif dengan konsisten mengamalkan supplements Shaklee seperti Vivix dan Osteonutrix. Boleh PM untuk maklumak lanjut.
π Ada jutawan yang sanggup mencari organ dari negara lain dan menjalankan pembedahan di luar negara namun ramai juga yang tidak selamat dek kerana risiko pembedahan pemindahan organ yang sangat berisiko tinggi.
9. PENYAKIT BERJANGKIT
π² Penyakit berjangkit boleh disebabkan oleh penyakit bawaan manusia seperti HIV, Aids, Hepatitis atau penyakit bawaan vektor/haiwan/organism seperti demam Denggi, Kencing Tikus (Leptospirosis), Kuman Tanah (Meliodosis), demam kepialu (Typhoid), Malaria, Meningitis
π² Cara untuk elakkan adalah dengan menjaga kebersihan diri dan sekeliling, elakkan berada di kawasan yang banyak pembawa seperti di kawasan hutan, dan sentiasa memakai sarung tangan dan membasuh tangan jika bermain dengan tanah.
π² Ada kalanya, kita tidak dapat elakkan jik terkena penyakit-penyakit tersebut, namun perkara paling penting ketika itu yang dapat membantu pemulihan daripada sakit adalah dengan mempunyai imuniti dan antibodi yang kuat untuk badan melawan penyakit.Statistik yang menunjukkan penyakit berjangkit membawa komplikasi yang serius sehingga menyebabkan kematian |
10. KANSER
πΊ KANSER ialah penyakit yang amat digeruni ramai kerana datangnya yang tiba-tiba dan agresif.
πΊ Faktor genetik menjadi faktor utama kanser, namun ramai juga yang mendapat kanser disebabkan gaya hidup dan faktor pemakanan.
πΊ 40% pesakit hanya menyedari bahawa mereka mempunyai kanser apabila mencapai TAHAP TIGA atau EMPAT
πΊ Rawatan kanser adalah antara rawatan yang invasive dan intensive seperti Chemotherapy, Radiotherapy, dan pembedahan
*******************************************************************
Mungkin mudah untuk KITA bicarakan, tuliskan dan ambil tahu segala STATISTIK dan SENARAI penyakit yang benar-benar WUJUD disekeliling kita... sehinggalah jika kita benar-benar alami, diri sendiri menjadi pesakit..
Pengalaman saya di hospital menyaksikan seribu satu tangis air mata dan darah yang tumpah.. bukan mudah untuk pesakit dan termasuklah keluarga dan orang sekeliling yang turut terkesan.
Oleh itu, untuk kita yang masih SIHAT hari ini, HARGAILAH dan AMBIL BERAT akan kesihatan kita sejak awal mulai hari ini π
#bisnessonline #shaklee #parttimejob #kelasonline #bisnessdarirumah #bisnessmodalrendah #bisnessshaklee
No comments:
Post a Comment