๐Ÿ˜Ž Selamat Datang Ke Kedai Shaklee DocNon ๐Ÿ˜Ž

Sunday, May 21, 2023

BIGGEST TURNING POINT IN MY LIFE EVER!

 Bismillahirrahmaanirrahim.. 

Post kali ni saya nak abadikan sebagai kenangan dan ingatan.. 

Supaya untuk 10 tahun akan datang, bila saya terbaca semula moment-moment ini, semoga saya SYUKUR dan BANGGA dengan diri saya dengan keputusan dan tindakan yang saya buat pada hari ni. 

Semoga saya tersenyum kegembiraan dan kesyukuran, jauh dari walau secebis kekesalan, amiinn ya rabbal alaminn! 

Post ini memang panjang dan agak mendalam, jika anda salah seorang doktor KKM yang berfikir-fikir untuk quit, anda boleh selami segala deep thoughts yang membuatkan saya quit ini.. 







BAB 1 : PERSPEKTIF HIDUP SAYA BERUBAH SELEPAS SAYA QUIT KKM DAN RESIGN SEBAGAI SEORANG DOKTOR HOSPITAL KERAJAAN 


Saya buat keputusan untuk resign pada penghujung tahun 2022, sebaik sahaja saya bertukar dari pegawai perubatan gred UD41 ke UD43... pada usia saya 27 tahun...

dan saya kira, itu bukanlah satu pengakhiran buat saya, bahkan satu permulaan kepada satu pintu yang lebih besar, percayalah..... 

10 tahun akan datang pada tahun 2033, inshaAllah jika masih dipinjamkan waktu untuk terus berkelana di bumiNya, akan saya buktikan ternyata benar ya, cantik sungguh jalan yang Allah takdirkan untuk saya :-) 

Keadaan setiap orang berbeza dan perspektif setiap orang pun tak sama. 

Bila ada yang anggap adakah tindakan saya quit bekerja di hospital kerajaan seolah-olah saya menyerah dan gagal ? Ternyata tidak sama sekali! 

Ya, kepada makcik-makcik bawang yang langsung tidak tahu menahu, tidak kenal siapa saya, dan yang berani menyindir dan judge tindakan saya seolah-olah salah dan tidak bijak, tidak mengapa :-) saya cuma mampu terus tersenyum..

kerana hanya saya yang tahu betapa banyak sudah saya mempertimpangkan segala-galanya dan berapa banyak sudah saya berdoa memohon petunjuk-Nya, biarlah terus menjadi rahsia antara saya dan Dia, kerana dalam hidup ini, cuma pandanganNya yang lebih utama! 

selagi saya mendapat sokongan dan restu daripada orang-orang terpenting disekeliling saya, kata-kata negatif orang lain hanya buang masa untuk terus difikirkan, 
terus jalan ke hadapan ๐Ÿ’ช bukan lagi masa untuk saya menyerah, bahkan, ini hanyalah permulaan kepada permulaan yang besar dalam hidup saya... 



BAB 2 : CITA-CITA SAYA UNTUK MENJADI SEORANG DOKTOR? YA! 
IMPIAN SAYA UNTUK MENOLONG RAMAI ORANG YANG SAKIT MENJADI SIHAT? YA! 

Sejak di bangku tadika lagi, bila ditanya apa cita-cita saya? Doktor! Ya belum pernah walau sekali saya mengubah cita-cita saya tersebut. 

Semasa saya di sekolah menengah, adik saya yang ke-4 yang baru berumur lingkungan 3-4 tahun tiba-tiba mendapat penyakit sawan atau Epilepsy, dirujuk ke hospital pakar, diwardkan selama seminggu di hospital yang agak jauh dari rumah kami, dan sayalah yang menemaninya di ward beberapa malam kerana mak saya perlu menjaga adik beradik lain di rumah sementara ayah perlu berulang alik dari rumah ke hospital tiap hari untuk menghantar keperluan dan sebagainya... 

Pada waktu itu, seluruh kepala adik saya disambungkan dengan begitu banyak wayar 
-wayar (ujian EEG dijalankan- saya masih belum tahu apa-apa pada waktu itu).
Sesekali doktor ada menerangkan sesuatu pada ayah tapi saya langsung tidak diberitahu apa-apa sedangkan sayalah yang menjaga adik lelaki saya 24jam, keadaan yang keliru dan ingin tahu itu sungguh saya ingat! 
Sesekali semasa ward rounds doktor membuka filem CT brain dan membincangkan sesama mereka, saya yang masih budak sekolah menengah tidak berani untuk mengeluarkan suara untuk bertanyakan apakah maknanya CT brain itu? 

Waktu itu saya berkobar-kobar bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga menjadi seorang doktor, ya, suatu hari nanti, saya juga akan faham dan tahu tentang semua ini! 

Contoh keadaan EEG test; ya nampak serius dan menakutkan jika kita tak faham apa sebenarnya yang berlaku? 



BAB 3 : YA, SAYA AKHIRNYA BERJAYA MENJADI SEORANG DOKTOR YANG SAH ! 

Jika saya terbaca post ini sewaktu saya berasa down atau hilang semangat, saya ingin ingatkan semula betapa saya seorang yang bercita-cita tinggi dan sentiasa kuat berusaha! 

Bukan senang untuk saya sentiasa fokus sehingga mencapai impian yang saya inginkan, sejak sekolah rendah saya sentiasa berikan yang terbaik, dari darjah satu hingga darjah enam, tiap kali hari anugerah cemerlang pasti saya akan dapat beberapa anugerah kedudukan terbaik dan terbaik matapelajaran begitu juga sehingga ke sekolah menengah boleh dikatakan tiap kali peperiksaan pasti saya mendapat tempat pertama sehinggalah menjadi pelajar terbaik SPM, di university semasa berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan yang saya impikan, juga mendapat Dean's List Award dan berusaha mengekalkan CGPA 3.5 ke atas. 

Tidak mungkin saya lupakan tiap-tiap malam yang berlalu di zaman belajar saya dipenuhi dengan ulangkaji buku-buku dari kulit ke kulit, ya saya budak nerd yang ternyata bukan sekadar main-main untuk saya usaha untuk capai apa yang saya inginkan, 
berapa banyak doa dalam sujud di siang malam memohon agar impian saya untuk menjadi seorang doktor dimakbulkan (ternyata Allah tuhan maha pemurah!)

di waktu saya lelah dan mengantuk, impian saya untuk menjadi seorang doktor terbayang di benak saya, saya pejamkan mata dan terbayang susuk saya yang memakai kot putih kemas tergantung stetoskop di leher, berbicara lembut kepada pesakit dengan penuh ikhlas merawat supaya pesakit sihat! itulah motivasi diri yang membuatkan saya selalu kuat berusaha! 

Dipendekkan cerita, setelah saya celik dari pejam angan-angan tadi, sungguh dah menjadi realiti - saya benar-benar di hospital, sudah tamat tempoh mencabar sebagai doktor pelatih, sudah dinaikkan pangkat dari gred UD41 ke UD43, hari demi hari berlalu, begitu besar tanggungjawab dan amanah yang perlu saya pikul di bahu... tapi hari demi hari, semangat dan motivasi makin pudar dalam diri... 

Pada waktu itu,bila saya burntout dan hilang semangat... saya cuba untuk cari motivasi... saya pejamkan mata.. tapi gelap... saya tak nampak jalan seterusnya ? saya tak nampak apa yang saya nak kan 3 tahun akan datang? 5 tahun akan datang ? ............

BAB 4 : REALITI TIDAK SEINDAH FANTASI 

Sejak sekolah, ramai yang ingatkan bahawa untuk menjadi seorang doktor itu susah dan 'tak ada life'. Saya angguk, tanda mengerti dan bersedia untuk hadapinya. Ternyata persediaan secara mental tidak sama sehinggalah kita benar-benar lalui fasa tersebut. 

Sejak hari pertama saya benar-benar 'hidup' dalam dunia hospital, banyak yang saya mula celik dengan 1001 pengorbanan dan realiti pahit hidup seorang doktor :

Senario 1
Sewaktu saya doktor pelatih, saya selalu memerhatikan hidup doktor-doktor pakar dan doktor-doktor senior  (kerana saya ingin membayangkan suatu hari nanti jika saya di tempat mereka untuk mencari motivasi diri). 

Namun, ternyata kelihatan mereka jauh lebih tertekan berbanding doktor junior yang lain kerana segala keputusan berat membabitkan nyawa pesakit bergantung pada keputusan mereka. Pada masa yang sama, mereka juga turut bertanggungjawab memantau doktor bawahan dan memberi tunjuk ajar dalam masa yang sama menguruskan kerja hakiki mereka.

Hakikat dan realiti sebenar, kebanyakan doktor-doktor pakar sering menjadikan doktor-doktor bawahan sebagai tempat melepaskan tekanan mereka. Di hadapan pesakit, mereka sedaya upaya mengawal diri untuk menunjukkan professionalism tetapi di hadapan doktor yang lain, seringkali mereka bersikap toksik, maki hamun dan tinggi suara itu perkara biasa bagi semua yang pernah lalui hidup sebenar di hospital. 

Saya seorang yang observant dan suka membayangkan diri saya di tempat orang lain. Di waktu rakan-rakan lain selalu mengutuk belakang tindakan doktor senior yang selalu mencaci doktor-doktor lain dan menjadikan orang lain 'punchbag' seolah-olah mereka terus diatas dan tidak pernah berada di bawah suatu ketika dulu... saya tidak pernah join acara membawang atau mengumpat tersebut, kerana saya membayangkan betapa banyak stress, penat, dan tanggungjawab berat yang mereka pikul dan segalanya sudah berkumpul-kumpul sejak bertahun lamanya...itulah sebabnya mereka bersikap begitu sebagai cara mengatasi stress 

Bukan semua, boleh dikira beberapa doktor atasan yang sentiasa tersenyum positif dan bersikap lemah lembut dan menghormati orang bawahan, sentiasa memberikan tunjuk ajar dengan ikhlas, kadang kala diselitkan sengan motivasi yang sungguh menginspirasikan dan membuatkan hormat saya tinggi dan saya sentiasa doakan ganjaran yang terbaik buat boss-boss saya yang hebat itu!

Selain tekanan yang mereka hadapi di tempat kerja, saya banyak kali menyaksikan mereka terpaksa meletak di tepi segala kepentingan peribadi mereka termasuk hal keluarga; waktu malam masih di hospital, seawal pagi hari raya masih di hospital, ibu/ayah sendiri masuk ke ICU hospital mereka bekerja namun cuma dapat bertanyakan perkembangan melalui telefon; tidak dapat sendiri berada di sebelah ahli keluarga yang sakit; dan banyak lagi... hidup mereka perlu diabadikan di hospital.... 

*Kesimpulan dalam senario 1 ini, saya tidak dapat membayangkan diri saya berada di tempat doktor pakar hospital yang sentiasa sibuk, penat dan stress, tanpa masa berkualiti bersama keluarga..  saya tidak mahu membayangkan pun! Jadi mana arah tuju saya yang seterusnya ? 

Senario 2 : 
Dulu, saya ingatkan segala perit kehidupan doktor akan terbalas apabila dapat melihat pesakit yang sembuh. 
Kebenaran yang saya lalui ialah, hakikat jika bekerja di hospital, lebih banyak pesakit yang tak stabil yang akan dirujuk ke hospital dan bermakna lebih ramai yang sudah teruk dan berakhir dengan kematian nak dibandingkan dengan yang pulih
Memang ada pesakit yang pulih, tetapi bagi diri saya, untuk SATU nyawa yang PERGI di hadapan mata saya, SATU NYAWA itu dah cukup untuk membunuh 10 KEGEMBIRAAN PESAKIT YANG PULIH. 

Bukan senang bekerja dengan menyaksikan nyawa insan-insan yang berharga dipertaruhkan di hadapan kita... walaupun sudah itu ajal takdirnya... tapi perasaan yang undescribe-able itu tak dapat saya gambarkan dengan kata-kata... 
mungkin buat rakan-rakan lain menandatangani sijil-sijil kematian itu sudah tak rasa apa-apa bagi mereka.. 
Tapi tidak buat saya... setiap kematian itu membuatkan saya termenung memikirkan 1001 perkara (mungkin sebab saya tak dapat kawal sikap overthinking saya) saya tak dapat nak anggap kematian itu perkara biasa. 
Saya tak kisah bermandi dengan darah, nanah, najis, mangsa kemalangan yang tulang tulang yang patah dan berlumurah darah saya tidak ngeri, tapi kematian itu walaupun pesakit pergi dengan tenang memberi kesan sehingga di luar waktu bekerja saya.. 
Sejak itu saya tahu, ini tidak sesuai untuk saya. 

Saya berfikir fikir untuk bekerja di bidang yang paling sedikit menghadapi kematian; sama ada di klinik kesihatan yang mana hanya pesakit yang stabil dan di peringkat awal dirawat; atau di bidang psikiatri iaitu kesihatan mental yang mana kita lebih banyak menguruskan emosi dan fikiran manusia dan jarang berlaku kematian.. 

 Senario 3 : 
KKM adalah satu sistem yang gagal dan majikan yang pentingkan diri 
(satu masa dahulu ramai yang mengagungkan kerja doktor sebagai kerja yang terjamin namun hakikat sebenar zaman sekarang semenjak sistem doktor kontrak diwujudkan sangat pahit)

Di sini saya bukanlah ingin menyentuh hal politik sebab saya jauh dari pengetahuan bab-bab politik cuma satu yang saya tahu, kerana saya alami sendiri, hakikat kebenaran yang KKM pergunakan rakyat yang bekerja keras untuk negara. 

Isu kontrak - saya ada kenal begitu ramai senior yang hebat dan begitu komited dalam menjalankan tugas tapi masih dikontrakkan setelah bertahun-tahun berkhidmat, yang saya rasa sangat tidak adil dan zalim.  

Jika dibandingkan dengan KPM contohnya, tak pernah ada isu 'cikgu kontrak' 
Namun untuk doktor, setelah 5-6 tahun kami belajar dan graduate menghabiskan beratus ribu untuk melayakkan diri bekerja sebagai doktor, dicampur pula dengan 2-3 tahun peritnya sebagai doktor pelatih, masih belum diberi hak-hak sebenar sebagai seorang doktor seperti mana pada zaman dahulu. 
Isu ini pula tidak sempat diperjuangkan kerana semua yang masih bekerja sebagai doktor kontrak KKM sedang sibuk dengan hidup yang tidak berjumpa dunia luar tanpa sempat menyuarakan hak-hak yang dikhianati... 

Kenapa isu kontrak ini begitu sensitif? Bab gaji sebenarnya adalah isu paling terakhir yang kami pedulikan. 

Isu yang paling penting :

Isu 1 : Tiada kelepasan cuti tanpa gaji - kami cuma ada 14hari jumlah hari cuti untuk setahun termasuk cuti MC atau kecemasan. Realiti kisah benar yang berlaku depan mata; 

-doktor kontrak 1 -  kemalangan dan patah tulang paha (ambil masa berbulan untuk sembuh dan tak dapat bekerja untuk tempoh lebih 14hari) - dibuang kerja! 

-doktor kontrak 2 -  mengalami komplikasi semasa hamil sambil bekerja (terlalu stress dan tekanan darah tinggi sehingga Pre-Eclampsia) terpaksa bersalin seawal 20-an minggu secara emergency c-zer dan baby terlalu premature terpaksa duduk di NICU selama 2bulan; doktor kontrak tadi turun naik pejabat hospital dan kementerian kesihatan memohon cuti sehingga baby-nya tadi betul-betul kuat dan sihat setelah banyak komplikasi setelah kelahiran  namun semuanya ditolak - dia tetap perlu pulang bekerja setelah tamat tempoh cuti bersalin tidak kira keadaan kesihatan dirinya atau baby nya, jika tidak akan diberhentikan kerja tanpa ada jalan lain. 

-doktor kontrak 3 - memohon cuti kerana ibunya yang sudah tua didagnose cancer di tahap 3 dan perlu berulang alik ke hospital dan penjagaan rapi di rumah namun doktor tersebut tidak diluluskan untuk cuti.. dia kuatkan semangat terus bekerja dengan sibuk sedangkan tiba-tiba ibunya dimasukkan ke ICU (masih tidak dapat bercuti) masih tidak diluluskan cuti sehinggalah bila ibunya KOMA baru dia dibenarkan cuti namun dalam perjalanan dia untuk bertemu ibu, ibunya sudah pergi dahulu tanpa sempat dia bersua muka; dia sungguh kesal dan kemurungan selepas itu tapi ada kah orang atasan peduli? Tidak sama sekali. 

*tidak logik dek akal di mana 'sistem kesihatan' sendiri tidak mengerti akan semua yang berlaku ini, langsung tidak ada perikemanusiaan!


Isu 2 : Tiada pencen - sudahkan gaji sudah tidak setimpal dengan segala kerja waktu panjang yang dikorbankan, gaji itulah juga yang doktor kontrak perlu bahagikan untuk simpanan KWSP di masa tua (tidak ada bezanya pun dengan orang yang bekerja sendiri) tidak ada kelebihan walaupun sebagai pegawai kerajaan! Jika untuk sekadar beberapa tahun tidak megapa juga, inikan saya lihat ada senior yang sudah lebih 5 tahun masih dikontrakkan itu tidak patut

Isu 3 : Tiada kelebihan untuk apply loan-loan kerajaan - Sudahlah gaji seciput yang dibahagikan pula dengan simpanan masa tua itu dengan penat lelah dikumpul untuk sedikit aset, status sebagai doktor kontrak itu langsung tidak dilayan jika ingin membuat apa-apa loan jauh sekali jika dibandingkan dengan cikgu, slip gaji kerja cikgu bekerja untuk setahun dua tahun pertama sahaja sudah kukuh untuk cikgu apply loan kereta atau rumah, kemudahan loan kerajaan seperti LPPSA dan sebagainya namun doktor kontrak walaupun sudah berpenat lelah bekerja sehingga 5 tahun, hanya personal loan yang layak  

Isu 4 : Too many uncertainties dan langsung tiada kewarasan pertimbangan - kami perlu bersedia untuk ditukar tempat bertugas ke mana-mana pelusuk tempat pada bila-bila masa sahaja. Juga untuk ditukarkan ke jabatan lain pada bila-bila masa jika tenaga kerja tidak cukup(dan tidak pernah akan cukup) tanpa mengira jika kita sudah membuat keputusan serius untuk mendalami mana-mana bidang yang kita minati. Walaupun berpuluh kali surat permohonan, rayuan, hitam putih ditunjukkan untuk kita meneruskan di sesuatu jabatan kerana ingin melanjutkan kepakaran dalam bidang tersebut, tidak siapa akan peduli, asalkan kekosongan tenga kerja diisi. Begitu juga jika rayuan untuk tidak ditukar contoh ke Sabah/Sarawak atau ke pusat COVID atas sebab tertentu, segala rayuan seolah-olah tidak diendahkan. Hanya tinggal satu pilihan - untuk berdoa berharap supaya jalan yang kita ingini dipermudahkan. 

Isu 5 : Gaji  - dulu masa bekerja saya syukur apa adanya... masih lagi ada kerja dan gaji.. saya tidak pernah memikirkan alasan gaji kecil sebagai sebab saya berhenti kerja, 
namun saya tersedar bila saya sudah berhenti kerja kerajaan dan kerja di swasta. Saya tergamam pada hari pertama saya bekerja di klinik swasta dalam keadaan yang hanya duduk di kerusi sambil tengok pesakit dan cuma pesakit stabil sahaja yang datang dicampur dengan waktu rehat yang tenang untuk makan dan solat, gaji untuk 4jam yang pertama sahaja sudah melebihi gaji diwaktu saya oncall 2hari di public holiday/weekend selama 48jam dalam keadaan tidak sempat rehat/makan/kadang tertinggal solat

Isu 5,6,7 banyak lagi ketidak adilan yang berlaku tapi ini pun sudah cukup panjang.. perlu buat mesyuarat jika nak kemukakan semua ๐Ÿ˜“

BAB 5 : SAYA TIDAK DAPAT MENJADI SEORANG DOKTOR YANG SAYA IMPIKAN

 Disebabkan segala tekanan hidup bekerja dihospital ditambah pula dengan ketidakalan dari pihak atasan, tidak ada jalan yang saya nampak untuk saya terus maju ke hadapan ke peringkat yang seterusnya. 

Saya rasa seperti zombi yang tidak ada motivasi dan impian baru setelah menjadi seorang doktor. 

Saya pernah cuba berimpian untuk menjadi seorang pakar psikiatri - saya sudahpun mengambil peperiksaan besar MRCPSY sebagai langkah pertama untuk specialize bidang psychiatry, namun sistem atasan tidak mempedulikan usaha saya dan masih 'mencampak' saya ke tempat dan bidang yang bukan pilihan saya. Susah ya untuk bertahan dalam situasi yang tak dapat kita minati dan buat dengan bersungguh. 

Pilihan kedua, saya cuba tukar angin untuk bekerja di klinik kesihatan kerana saya sudah hilang minat di dunia hospital. Berkali-kali dan sungguh banyak muka surat, surat rayuan yang saya karang turut saya selitkan dokumen bukti sebab musabab tapi masih sepi. Berkali-kali saya buat panggilan telefon ke jabatan kesihatan namun mereka seolah-olah langsung tidak mempedulikan ya walaupun keputusan itu memberi impak besar pada hidup orang lain. 

Hasilnya, saya tidak dapat memberi sepenuhnya 'jiwa' dalam sehari-hari kerja saya ditambah pula memikirkan hal anak-anak dan keluarga yang banyak terabai dek kerana waktu bekerja yang terlalu panjang syif di hospital melebihi kewarasan waktu bekerja normal. Anak-anak saya hampir tiap bulan demam teruk, tiada selera makan dan kurang berat badan.. dan sudah tentu mereka tak dapat perhatian sewajarnya dari ibu mereka, iaitu saya.. saya rasa seperti seorang ibu yang gagal... sangat sedih dan tak sanggup bila lihat anak-anak sakit 

Betapa sedihnya masa itu boleh baca di post saya yang lain ni ๐Ÿ‘‰

Adakah saya rasa gembira ? tidak. 
Bila saya tak gembira, saya juga tak dapat berikan yang terbaik buat pesakit, staff lain dan juga keluarga saya sendiri... 

Dan saya tak mahu hidup saya berterusan begini... 

BAB 6 : PERSEDIAAN SEBELUM BERHENTI KERJA

Sewaktu saya membuat keputusan untuk berhenti kerja, saya sudah bersedia dengan beberapa rancangan. Tidaklah saya membuta tuli sahaja. 

1. Saya sudah apply kerja di klinik swasta dan hantar beberapa resume - Alhamdulillah saya ada menerima tawaran tetapi saya terpaksa menolak dahulu tawaran untuk bekerja tetap sementara anak-anak saya masih belum sihat sepenuhnya - saya cuma kerja part time atau locum sahaja dulu 

2. Saya sudah simpan sejumlah wang simpanan melebihi 3 bulan gaji, juga sejumlah besar wang yang saya niatkan untuk memulakan 1 bisnes sampingan; 

3. Saya sudahpun mempunyai sebuah kereta yang sudah habis dibayar dan sebuah rumah mampu milik (teres setingkat) di bawah nama saya yang sudah saya dan suami bayar downpayment tinggi sehingga bayaran bulanan tidak membebankan kami -saya yakin masih mampu dibayar walaupun sudah tidak bekerja tetap. 

4. Sejak hari pertama saya hilang minat dan tak dapat gambarkan untuk saya maju ke hadapan dalam dunia doktor KKM, saya sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan ini. Mungkin bagi orang lain keputusan saya kelihatan terburu-buru kerana saya jarang membicarakan soal resign ini tapi sebenarnya saya sudah bersedia, dan Tuhan sudah tentukan masa yang terbaik buat saya. Rakan-rakan lain juga banyak membicarakan soal ketidakadilan dan tekanan yang kami hadapi dalam dunia KKM yang zalim, ramai jugak yang sebut sebut untuk resign dan cari jalan lain, namun hanya yang betul-betul bersedia akan berani untuk hadapi segala risiko yang bakal ditanggung setelah resign kerja. 

Saya lihat ramai rakan sekerja yang 'enjoy life' beli barang-barang branded, menginap di hotel-hotel 5bintang dan joli makan sedap-sedap sehingga tiap bulan pasti gaji akan licin. Saya bernasib baik kerana suami saya banyak ingatkan saya soal pengurusan kewangan. Ramai rakan doktor yang hakikatnya zero knowledge bab financial, cuma pentingkan knowlegde medical dan tiap bulan enjoy gaji sampai licin. Pada umur saya 26 tahun yang saya sudah membeli sebuah rumah dan habis bayar sebuah kereta, saya belum jumpa rakan sekerja yang turut membicarakn soal yang sama. Saya cuma mendengar cerita mereka shopping ke mall-mall, membandingkan iphone latest masing masing (saya mampu diam je sebab saya cuma pakai android cabuk yang sekadar bateri tahan lama sahaja), membincangkan skincare dan facial mereka yang hampir beribu sebulan sedangkan saya cuma cukup maintain skincare dengan ESP Shaklee dan sunblock sahaja (alhamdulillah flawless juga)... ya, saya tak nafikan gaya hidup doktor-doktor ramai yang high class tapi saya lebih memilih jalan hidup yang suami saya tunjukkan.. cuma saya tak dapat join conversation bila mereka bincangkan menu terbaru di e.g  Dome, Menate, Starbucks, dan sebagainya.. saya makan juga di tempat yang saya anggap special bila ada celebration apa-apa... cuma hari-hari biasa kami lebih gembira bantu peniaga-peniaga kecil yang menjaja makanan, lebih murah berbaloi dan banyak boleh menyimpan 

BAB 7: DUNIA BARU DI KLINIK SWASTA

Semenjak saya bekerja di klinik swasta, saya terus jatuh cinta dan tak rasa penat walaupun bekerja dari pagi sampai lewat malam. 

1. Beban kerja yang lebih kurang : memang banyak duduk dan pesakit yang datang stabil-stabil belaka. 
nak dibandingkan kerja di hospital dulu, yang datang pengsan, koma, sawan, muntah, sakit jantung, strok, kena CPR, ambil darah, naik ambulan, telefon pakar sana sini refer.. memang sangat jauh beza.. 

2. Suasana yang harmoni : staff klinik semua ceria dan peramah, senior klinik banyak beri tunjuk ajar dengan mood happy-happy belaka.. barulah rasa happy dan harmoni.. takde dah semua stress/badmood/penat macam kat hospital dulu... kalau macam ni saya boleh bayang kan diri saya bekerja macamtu untuk 10, 20 tahun akan datang... 

3. Patient yang datang pun semua yang concern pasal kesihatan masing-masing ; sebab itu sampai sanggup bayar di swasta untuk checkup doktor... seronok bersembang dengan pesakit-pesakit yang macam ni.. saya pun lebih bersemangat untuk explain panjang lebar dan share macam-macam...  mindset dan attitude yang sangat saya puji.. 

Saya nak share pengalaman dengan kebanyakan pesakit di hospital kerajaan... bukan semua, tapi ada segelintir yang sangat susah nak handle dan minset dan attitude yang teruk...kebanyakan antara diorang ni adalah yang sikap acuh tak acuh dengan kesihatan sendiri.. tak jaga kesihatan dari mula dah satu hal, tak check dari awal sejak mula rasa 'lain macam', bila dah teruk sangat baru datang kecemasan..itu pun bila kita dah rawat pada peringkat awal dan bagi follow up tak datang... dah teruk sangat dan sukar untuk dirawat baru lah datang balik... sambil merungut doktor lembab.. datang follow up pun kena tunggu lama malaslah susah nak datang...ubat tak makan.. banyak alasan dibagi... mindset macam ni sangat susah nak handle...
kadang tu rasa macam nak give jumpa orang yang sama asyik datang sebab semput kena pakai oksigen tiap tiap minggu... bila tanya dah berhenti merokok ke belum macam-macam alasan diberinya siap pakej maki hamun doktor lagi sedangkan kita cakap baik-baik je kat dia... 10 kali jumpa orang yang macamni mana lah tak kuss semangat ku ๐Ÿ˜‚ 

Bila saya ramai jumpa pesakit-pesakit yang datang ke swasta, kadang tu bukan orang senang pun, tapi sanggup spend kumpul duit untuk check up dari awal sebelum sakit apa-apa sebab concern pasal kesihatan sendiri... itu memang bagus.. lepastu tanya lagi... apa nasihat doktor untuk elakkan sakit macamtu, macamni...dan betul betul buat, ikut... makan ubat betul betul, follow up mesti datang.. sampailah dah tak payah makan ubat, tak payah follow up dah... biasa kalau kita effort lebih dan bayar lebih, memang kita akan betul-betul jaga dan appreciate benda tu kan? 
Jauh beza dengan yang tak endahkan apa-apa tak ada inisiatif dan bayar RM1 pergi hospital kerajaan tapi demand lebih-lebih (tak semua ya), kalau yang betul susah tu memang sopan orangnya menghargai dan hormat orang lain tu takpe kita pun faham 

 saya dapat satu KEPUASAN bila dapat bersembang dengan pesakit yang macam ni dan LEBIH SEMANGAT untuk tolong orang yang memang nak tolong diri sendiri.. feel dia jauuh rasa lebih best tau.. kadang tu siap pakej diri sendiri insaf sebab tak jaga kesihatan se-bagus diorang ni... 

4. Waktu kerja yang rasional - waktu bekerja yang rasional pada tahap fungsi seorang manusia ๐Ÿ˜… membuatkan saya bersyukur sebab sempat makan, boleh solat pada waktunya dan boleh menguruskan keluarga saya... anak-anak saya dah lebih sihat dan ceria dah Alhamdulillah saya happy sangat...
semua ni memang menambahkan motivasi saya, lebih bersemangat dan produktif sampailah saya buat keputusan untuk buat bisnes part time juga!

BAB 8: BISNES PART TIME

Sebenarnya, gaji bekerja di klinik swasta sahaja sudah berganda-ganda dari gaji kerja dahulu dan sudahpun dapat saya savings banyak.

Tapi, saya JUMPA KEPUASAN dan PASSION baru bila dapat tolong lebih raaamai orang yang concern pasal kesihatan dari awal lagi.. 
untuk mereka-mereka yang tanya Doktor, supplement apa ya yang bagus kalau saya nak maintain kesihatan saya tiptop? Supplement yang trusted selamat dan berkesan ? 
Sudah tentu jawapannya Shaklee... sebab saya sendiri dan keluarga dah bertahun-tahun amalkan Shaklee... turning point paling besar yang saya buat keputusan untuk JOIN dan SHARE pasal Shaklee adalah sebab terlalu terharu Sebab lepas konsisten bagi anak-anak supplements Shaklee lah diorang makin sihat dan dah lama tak sakit...alhamdulillah.. 

Boleh baca kat ๐Ÿ‘‰sini macam mana saya handle time anak-anak kerap sakit dulu.. 

Jadi, disamping kepuasan dan supply supplements untuk diri dan keluarga sendiri... rugi kan kalau tak join je terus.. dah la sangat baanyak benefits yang shaklee bagi.. siapa yang berminat untuk join jugak boleh baca lebih lanjut kat ๐Ÿ‘‰ sini

Ditambah pulak masa timing yang sangat tepat, Tuhan tunjukkan saya jalan tinggg untuk terjumpa dengan upline mentor saya yang inspiring dan tunjukkan macam mana nak buat bisnes walaupun kita pemalu dan introvert ! Terus zuss saya join tanpa fikir panjang! 

BAB 9 : SAYA DAH ADA IMPIAN DAN CITA-CITA BARU YANG BESTT!!

Alhamdulillah ya Allah untuk segala yang berlaku.. jalan yang telah Engkau takdirkan.. kumohon permudahkan lah jalan-jalan selepas ini aamiinn ya Mujib... 

Impian saya next : 

1. Untuk berjaya dalam bidang GP (General Practitioner) sehingga berjaya buka klinik sendiri yang cantik  dan hire staff 
- masa tu saya cuma pantau staff sahaja, selebihnya duduk rumah jaga anak sambil all out buat bisnes full time dah ๐Ÿ’ช
- saya target dalam 10 tahun akan datang. Modal untuk buka klinik sendiri lebih kurang 300k, cuba sedaya upaya elakkan loan, kalau saya savings 2k/month untuk tempoh 10tahun (2kx120=240k) lagi 6k boleh topup dari investments lain
- 10 tahun akan datang knowledge dan experience saya dalam bidang GP dah lebih matured, lebih yakin untuk buka klinik sendiri, 
- 10 tahun akan datang anak sulung dah umur 13 tahun, fasa awal remaja yang banyak perlu jadi kawan untuk anak. semoga saya dapat beri sepenuh perhatian dan ibu yang terbaik! 

2. Untuk jadi master coordinator Shaklee dalam tempoh 3 tahun akan datang, konsistent jana income 5 angka dengan Shaklee sampai pencen :-) 
- masih banyak yang saya perlu belajar sebab this is the very first time saya terlibat dalam dunia bisnes
- untuk bidang medical, saya dah belajar 6tahun dan graduated tapi untuk bisnes is a whole new world for me, cuma sebab bidang health supplements ni masih dalam cabang yang sama, saya yakin saya boleh!
- saya kena ikut rapat-rapat mentor dan kekalkan semangat dan motivasi untuk bantu lebih ramai orang untuk jadi SIHAT sama-sama
- saya dan keluarga sendiri pun dah spend banyak tiap bulan beli Shaklee so why not 
- kalau ada yang bersungguh nak bantu diri jaga kesihatan kekal awet muda sihat tiptop dengan Shaklee sambil tambah income, saya bersemangat untuk pegang tangan sama-sama maju ke depan.. special treatment saya bagi health consultation dan medical check up percuma untuk team saya anytime !
- lebih awal saya dapat tambah side income dengan Shaklee, makin cepat tabung modal buka klinik saya refill, makin cepat saya boleh buka klinik sendiri, focus bisnes fulltime, focus keperluan keluarga, dan dapat TIME FREEDOM PENCEN SEAWAL SEBELUM 40 TAHUN 

Dan dengan 2 income ni, asbab Rezeki dari Allah, bab FINANCIAL FREEDOM tu inshaAllah boleh capai dengan izin Allah ... 

Saya sentiasa nak betulkan niat saya bukan nak tamak harta dunia, tapi saya nak usaha untuk : 
- bantu lebih ramai orang dengan lebih banyak zakat dan sedekah, lebih banyak kerja amal bila dah banyak time freedom
- saya nak bahagiakan orang-orang yang tersayang, sebab apa saya nak FAST ACTION, dan FAST RESULT adalah sebab saya nak balas jasa UMI, ABAH, MAK, AYAH sementara mereka masih sihat walafiat, ya Allah panjangkanlah umur kedua ibu bapa dan ibubapa mertuaku dalam kesihatan dan keberkatan....rezekikan saya sempat belanja Umrah pakej paling best dan selesa untuk mereka amiiin ya ALLAH.. 
- untuk suami dan anak-anak yang banyak berkorban sepanjang ibu kejar impian ibu, doakan untuk kita bersama.. semoga rezeki ini jadi asbab untuk kita sama-sama invest saham ke akhirat ya.. 



Sekarang saya dah ada IMPIAN untuk pastikan saya selalu berMOTIVASI teruskan hari-hari dengan penuh MAKNA dan BERSEMANGAT 

Ya Allah... Ya Mujib...Ya Fattah...Ya Razzaq...Ya Rahman...Ya Rahim... 

kabulkanlah ya Allah.. amiinn ya rabbal 'alamiin.. 

No comments:

Post a Comment