😎 Selamat Datang Ke Kedai Shaklee DocNon 😎

Friday, June 2, 2023

Berniaga adalah 9/10 sumber rezeki

 Bismillahirrahmaanirrahim... 


Sumber : Lamanweb muftiwp 



Sebagai muslim yang beriman dengan hadis nabi SAW dan ayat al-Quran, saya percaya bahawa BERNIAGA adalah sumber utama rezeki yang Allah janjikan.

Sedangkan nabi kita Muhammad SAW juga adalah seorang peniaga. Isteri nabi saidatina Khadijah juga peniaga. Juga, ramai sahabat-sahabat nabi seperti Abu Bakar al-Siddiq, Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf, Zubair bin al-Awwam, Sa’ad bin Abi Waqqas dan ramai lagi para sahabat juga berniaga. 

Sebelum ni, saya bekerja makan gaji, kadang kita asyik rasa macam rezeki kita tiap tiap bulan dah tetap dengan gaji. Tapi itu sebenarnya salah. Rezeki semua Allah yang bagi. 

Bila dah ada peluang berniaga, automatik pergantungan pada Allah tu tinggi sangat. Setiap customer yang tiba-tiba datang, setiap sale yang dapat buat dalam keadaan tak sangka, semua rezeki yang Allah hantar. 


 MAKAN GAJI vs BERNIAGA 

Tak salah untuk kerja apa pun asalkan rezeki yang halal dan berkat. Makan gaji pun betul, berniaga pun betul. 

TAPI, ada beberapa kelebihan jika kita berniaga. Walaupun pada peringkat permulaan secara kecil-kecilan, secara sambilan part time di samping kerja makan gaji, sekurangnya mulakan dahulu! Mana tahu rezeki, perniagaan kita yang asalnya kecil dan sambilan itu boleh membawa pada kejayaan yang besar. Tidak rugi mencuba, kan ? 

KELEBIHAN BERNIAGA :

1. Dapat mencapai IMPIAN yang diinginkan - bila berniaga, semangat untuk kita kejar impian makin berkobar-kobar. Jika terus bergantung pada kerja makan gaji, gaji cuma cukup untuk keperluan asas hidup dan kita mula berasa tidak bersemangat dan lupakan segala impian. 


2. Dapat tambah MOTIVASI dan NILAI DIRI / ADDED VALUE - bila berniaga, kita perlu banyak tambah pelbagai ilmu dan belajar bersosial dan berkomunisasi. Bukan itu sahaja, banyak pengetahuan baru dan ilmu-ilmu kewangan, pengurusan dan banyak lagi yang menjadi ADDED VALUE untuk diri kita.


3. Dapat capai MATLAMAT dan IMPIAN besar dengan lebih awal. Jika terus mengaharapkan wang simpanan atau menunggu hari tua, banyak masa berharga yang kita bazirkan. Oleh itu, mari lah mula berniaga dari awal mulai hari ini.


4. Dapat BANTU RAMAI ORANG - bukan sahaja kita bantu mudahkan urusan orang untuk membeli produk yang kita jual, hasil jualan yang tinggi juga beri lebih peluang untuk kita tambahkan nilai zakat, sedekah dan bantuan kepada orang yang memerlukan. Ingatlah pada kata-kata :


Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima 


5. Dapat capai TIME FREEDOM - apabila perniagaan sudah bertambah stabil, kita sudah mula bebas untuk menguruskan semuanya dari jauh secara 'autopilot' sahaja. Lebih banyak masa bernilai dapat diluangkan dengan keluarga. Tambah pula untuk ibu-ibu, sudah pasti menjadi impian semua ibu untuk melihat anak-anak membesar depan mata sendiri! 


Untuk yang masih berkira-kira atau terfikir-fikir untuk mula BERNIAGA.... nak join bisnes apa ye... 

Jom saya ajak anda baca 2 post ni bawah untuk cari ILHAM 😀


https://shakleenutripro.blogspot.com/2023/05/peluang-dalam-bisnes-shaklee.html

https://shakleenutripro.blogspot.com/2023/05/part-time-job-di-malaysia.html


Selamat membaca 😎


#bisnessonline #shaklee #parttimejob #kelasonline #bisnessdarirumah #bisnessmodalrendah #bisnessshaklee


No comments:

Post a Comment