Kenapa saya jual supplement Shaklee?
( Saya langsung tiada jiwa atau otak bisnes, saya cuma minat bidang kesihatan )
Saya bermula sebagai seorang pengguna Shaklee :
2015 Saat Jatuh Cinta Pandang Pertama - sejak zaman belajar, saya start ambil ESP atas sebab gastrik. Alhamdulillah, menjadi. Gastrik dah takde, pakej sekali kulit makin sihat, berat badan terkawal Dan selalu bertenaga.
boleh baca post saya kat sini
Saya sambung ambil multivitamin Vitalea, migraine saya pun hilang. Makin produktif buat semua benda
Saya mengandung pun asbab ada yang recommend GLA complex pada saya. Dulu, saya selalu stress sampai HORMON tak seimbang. Sejak ambil supplements Shaklee, period setiap bulan teratur.
boleh baca lebih lanjut kat sini
Sepanjang mengandung 2 orang anak Dan berpantang Dan menyusu Dua Dua anak pun saya ambil Shaklee
Tapi tahun-tahun yang lepas tu, saya sekadar guna sendiri.. belum lagi share dengan orang lain Dan tak pernah terfikir untuk jual
Saya kerja sebagai doktor di hospital, masa kerja, terlalu sibuk sampai tak sempat makan. Kebetulan, ESP dah ada dalam bentuk sachet. Senang nak bawak ke tempat kerja. Tapi yang menyedihkan, dah bawak sachet ESP tu dalam poket tapi tiap hari balik dah keronyok sachet tu still langsung tak sempat bancuh time kerja. Mana nak sempat.. air mineral bawak dalam botol pun hari-hari dapat seteguk Dua je minum bila balik Masih full botol air.
Paling ingat time tu gastrik Dan migraine saya Mula teruk balik. Seksanya tuhan je tahu
Tambah pulak bila tiap-tiap bulan asyik demam.. yelah hari-hari hadap orang sakit.. badan kita pulak bila lemah mudahlah dapat jangkitan
Paling sedih bila anak-anak pun demam batuk selsema teruk jugak sampai setiap bulan.. muntah muntah tiap malam.. makan pun takde selera sampai underweight
boleh baca post saya yang ini
Time tu buntu sangat sampai saya ambil keputusan untuk rehat sekejap untuk healing
Saya Mula konsisten makan supplements balik dalam tempoh 3bulan je Alhamdulillah saya dah sihat bertenaga makin Semangat untuk healing kan anak2 pulak
Mula nya, saya stop hantar anak-anak ke taska untuk elakkan selalu berjangkit.. kat rumah, hari-hari saya masak macam-macam bagi menarik nak pujuk anak makan tapi still diorang tak selera makan Dan Masih kerap sakit
Bila saya tahu Shaklee ada supplements untuk kanak-kanak jugak, saya konsisten bagi.. saya tak bagi harapan tinggi sangat.. ingatkan Shaklee tu serasi untuk diri saya sendiri je.. sebelum tu untuk anak-anak saya ada jugak bagi Appeton, Scotts emulsion, multivitamin seven seas tapi still takde perubahan
Start anak saya umur setahun saya Mula bagi supplements Shaklee Alhamdulillah tak sangka it's work like magic.. hasil DOA saya jugak yang tak henti2 mintak anak-anak sihat dah tak selalu sakit..
Sekarang anak-anak dah pergi taska semula..saya pun dah boleh kerja dgn tenang.. pergi beraya, pergi kenduri, pergi berjalan jauh semua saya dah tak risau dah sebab dah lama sangat diorang tak sakit lain sangat dari dulu takut sangat nak pergi mana-mana asyik berkurung dgn anak dalam rumah
Sejak terbukti pada anak-anak, saya Mula berani recommend untuk mak ayah pulak
Mak mertua saya yang Selama ni sakit lutut bertahun-tahun lamanya, dengan Ostenutrix je Alhamdulillah terus takde langsung sakit-sakit kat mana mana dah.. cancel terus appointment sakit lutut dengan doktor tak jadi nak inject steroid dlm lutut
Ayah mertua selalu sembelit, kalau dulu ubat hospital laxatives lactulose dulcolax ravin enema semua tu sampai jadi makanan harian.. dah makan sayur buah pun tak menjadi, iyelah faktor umur juga.. saya bagi herblax terus selesai dah masalah sembelit tu
Paling makan modal, saya bagi Vivix pada ayah saya yang ada kencing manis.. semoga GULA makin terkawal.. Genetik keluarga ayah memang kuat ada kencing manis.. pakcik saya meninggal usia muda 30an disebabkan komplikasi kencing manis Dan kena potong Kaki sampai 3 x...ayah saya risau betul..
InshaAllah saya doakan dengan ikhtiar Vivix ni semoga kencing manis ayah saya terkawal..
Umi saya pula Alhamdulillah sihat walafiat, cikgu pencen yang tetap aktif dengan macam-macam aktiviti. Umi memang tak duduk diam kat rumah, selalu drive sendiri ke sana sini jauh-jauh, kami 6 beradik memang banyak umi yang uruskan.. Mulanya, saya sekadar bagi basic ESP dan vitamin C pada umi untuk supplements harian. Sekali umi saya cakap, ''oh, umi memang dah lama makan Shaklee sebab dulu ada kawan cikgu yang jual.. dah pencen ni susah jugak nak ambil stok kat sekolah, ha eloklah ni''... lepasni biar angah je yang supply kat umi, gembira rasa, dan baru tahu oh patutlah umi jarang sakit dan selalu bertenaga buat macam-macam..tahu dah rahsianya!
Saya sendiri tekad nak spend ambil Vivix untuk diri sendiri... Tak fikir panjang dah untuk invest untuk kesihatan...
Bila nikmat sihat tu hilang, dah takde maknanya lagi segala harta kekayaan di dunia .. kesihatan lah kekayaan sebenarnya Dan antara nikmat paling besar...
Setiap 3 atau 6 bulan sekali, saya buat ujian darah untuk monitor fungsi organ.. Alhamdulillah semua bacaan cantik.. inshaAllah saya yakin supplements Shaklee memang Selamat, tiada kesian sampingan, berkesan Dan berkualiti
Untuk diri sendiri Dan keluarga pun saya dah spend banyak untuk supplements Shaklee.. jadi rugi kalau tak join Dan share manfaat dengan lebih ramai lagi ..
Saya Mula recommend pada kawan terdekat Dan pesakit yang ada mintak recommend kan supplement yang bagus.. bila ada perkembangan positif Dan ramai yang order pada saya.. itu lah titik permulaan untuk saya serious dengan Shaklee
Siapa yang perlukan konsultasi kesihatan jangan segan untuk bersapa dengan saya ye
sebab saya faham rasanya bila sakit atau risaunya perasaan bila tengok orang lain sakit teruk depan mata..
Bagi yang utamakan kesihatan, TAHNIAH saya ucapkan
#bisnessonline #shaklee #parttimejob #kelasonline #bisnessdarirumah #bisnessmodalrendah #bisnessshaklee
No comments:
Post a Comment