😎 Selamat Datang Ke Kedai Shaklee DocNon 😎

Thursday, May 11, 2023

CARA PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE


1. Jarakkan semua supplement selama  2 JAM dari KOPI/TEH dan UBATAN DOKTOR kerana menghalang penyerapan vitamin secara optimum dalam badan & boleh mengganggu fungsi ubatan.   

2. Pastikan  SUKAT AIR KOSONG yang diminum, minimum 2 LITER SEHARI atau mengikut berat badan anda. 1 liter air kosong untuk setiap 25kg berat badan. Ini utk memastikan penyerapan terbaik nutrisi ke dalam badan. 

 =========== 



 Ini hanya general guideline & dos biasa suplemen untuk maintain kesihatan. 
 Boleh tukar jadual dan dose bergantung masalah pengguna. 

 ALFALFA COMPLEX 
biji sehari selepas makan. Contoh: 5 biji lepas breakfast, 5 biji lepas dinner. 
Ibu Menyusu : Mulakan dengan 2-3 biji sehari untuk elakkan bengkak susu. 
 Jika susu masih kurang dan untuk boost susu, ambil 1-2 biji Alfafa setiap kali selepas pam (10 biji sehari). 

 B-COMPLEX 
1 biji sehari selepas breakfast. 
 Jika ada masalah Anemia (low Hb) atau dalam keadaan stress, boleh ambil 2 biji sehari (Pagi dan malam). 
Note : B-Complex adalah vitamin larut air. Adalah normal air kencing berwarna kuning terang selepas ambil Bcomplex kerana kandungan Ribovlavin (B2) yang dikeluarkan melalui air kencing. 
Pastikan minum air yang cukup setiap hari. 

 CAROTOMAX 1 biji sehari selepas makan. 

 CINCH SHAKE 
Sebagai Meal Replacement. 
Bancuh 2 scoop dalam 1 cawan air kosong atau susu & shake (sesedap rasa) hingga sebati. 
 Gunakan air sejuk atau suam saja. Jangan guna air panas kerana protein rosak dalam suhu tinggi. 
Boleh juga dicampur ESP atau blend dengan buah-buahan & ais untuk dijadikan smoothies. 

 CINCH TEA 
1 sachet 1 kali sehari, bancuh dengan 1 cawan air panas atau sejuk. 
Boleh juga campur lemon atau susu segar. Sesuai diambil semasa minum pagi, minum petang, sebelum bersenam atau sebelum memandu jauh untuk kekal segar & cergas sepanjang hari. 

 COLLAGEN POWDER 
1 sachet sekali sehari. Boleh bancuh dengan apa-apa minuman seperti air kosong, jus atau ESP. 

 COQ-TROL 
1 biji sehari selepas breakfast, kerana ia berfungsi membekalkan tenaga seharian 

 DTX COMPLEX 
3 biji sehari selepas makan (contoh selepas breakfast) 

 ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) 
Ambil 3 sudu besar (28g), 1-2 kali sehari. 
Boleh dicampur dengan air kosong / susu / jus / atau blend dengan buah-buahan & ais untuk dijadikan smoothies. 
 Gunakan air sejuk atau suam sahaja. Jangan guna air panas kerana protein rosak dalam suhu tinggi. Boleh ambil ESP pada bila-bila masa seperti semasa breakfast, semasa minum pagi/petang, sebelum tidur malam. 
 Bagi ibu menyusu, ambil ESP setiap kali selepas pam untuk boost susu. 

 GARLIC COMPLEX 
2 biji sehari selepas makan. 
 Contoh : 1 biji lepas breakfast, 1 biji lepas dinner, atau 2 biji sekaligus. 

 GLA COMPLEX 
1 biji 2 kali sehari selepas makan. 
 Contoh: 1 biji lepas breakfast dan 1 biji lepas dinner. 

 HERB-LAX
 Untuk 12 tahun ke atas sahaja. 
 4 biji sekali makan sebelum tidur malam. 
 Ambil setiap malam untuk 3 malam pertama. 
 Selepas tu selang sehari atau selang 2 hari. 
 JANGAN amalkan setiap hari untuk jangka masa panjang sebab boleh menyebabkan usus malas berfungsi sendiri. 
 Biasanya keesokkan pagi akan rasa kerap nak buang air besar, jadi elakkan ambil Herb-lax jika perlu travel jauh. 

 LECITHIN 
2 biji 3 kali sehari sebelum makan. Contoh: 2 biji sebelum breakfast, lunch & dinner. 

 MEALSHAKES 
Kanak-kanak 1-3 tahun : 1-3 sudu kecil sehari. 
Kanak-kanak 3 tahun ke atas : 1-3 sudu besar sehari. 
Dewasa 12 tahun ke atas : 3-6 sudu besar sehari. 
 Boleh ambil pada bila-bila masa seperti semasa breakfast, minum pagi/petang. 
Boleh bancuh dengan air / susu / jus (kecuali kopi & teh), kemudian 'shake' untuk elakkan berketul. Boleh juga tambah buah dan kisar. 
Gunakan air sejuk atau suam saja, kerana protein rosak dalam suhu tinggi. 

 NUTRIFERON 
1 sachet sekali sehari. 
Boleh bancuh dengan air panas atau sejuk, atau terus tuang di mulut dan minum air. 

 OMEGAGUARD
 Kanak-kanak (2 tahun ke atas) : 1 biji sehari selepas makan. 
 Dewasa : 3 biji sehari. Contoh : 3 biji lepas dinner, atau 1 biji setiap lepas breakfast, lunch, dinner. Ibu Hamil : 1 biji sehari. Berhenti ambil Omegaguard semasa kandungan 9 bulan, dan sambung semula selepas luka bersalin sembuh. Ini kerana Omega mempunyai sedikit effect ‘mencairkan darah’ (kesan bergantung kepada individu). 

 OSTEMATRIX 
4 biji sehari. Ambil sebelum tidur malam untuk kesan penyerapan terbaik. 

 PAIN RELIEF CAPLET
 1 biji 3 kali sehari selepas makan. 

 PEPPERMINT-GINGER PLUS 
3 biji sekali sehari selepas makan. 

 PERFORMANCE ORANGE DRINK 
Bancuh 2-3 sudu besar dalam 1 cawan (250 ml) air sejuk. 
Performance Drink boleh diambil pada bila-bila masa seperti sebelum dan semasa bersenam, semasa menjalankan aktiviti luar yang banyak berpeluh. Ia berfungsi sebagai minuman isotonik seperti 100 Plus untuk mengelakkan kehilangan bendalir dalam badan. Sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. Simpan tin dalam peti sejuk selepas dibuka. 

 PHYTOCOL-ST 
2 biji 2 kali sehari sebelum makan. Contoh : 2 biji sebelum breakfast, 2 biji sebelum dinner Kalau terlupa ambil sebelum meal, boleh saja ambil selepas meal. 

 RESV 
2 biji sehari selepas makan. Boleh diambil selepas breakfast, lunch atau sebelum tidur. 

 VITAMIN C SUSTAINED RELEASED 
1 biji sekali sehari selepas makan untuk maintain kesihatan. Untuk tingkatkan sistem imun / kecantikan kulit, ambil 1 biji, 3 kali sehari (1 biji lepas breakfast, lunch, dinner) Jika sedang demam/selsema/batuk, jangkitan, allergy, dan perokok, ambil 2 biji 3 kali sehari selepas makan. Ia mempunyai fungsi pelepasan berperingkat (sustained release), iaitu setiap tablet 500mg akan melepaskan 100mg Vitamin C setiap jam, selama 5 jam. 

 VITAMIN E 1 biji sekali sehari selepas makan. Digalakkan ambil selepas makan makanan berat kerana Vitamin E adalah vitamin larut lemak. 

 VITALEA IRON FORMULA 
2 biji sehari selepas makan. Contoh : 1 biji selepas breakfast, 1 biji selepas dinner, ATAU 2 biji sekaligus selepas breakfast. Jika ada masalah Anemia (low Hb), ambil bersama VITAMIN C untuk penyerapan iron lebih baik. JANGAN MAKAN VITALEA SEWAKTU PERUT KOSONG kerana kandungan iron boleh menyebabkan rasa loya dan muntah. 

 VITALEA FOR CHILDREN 
2 biji sehari selepas makan. Contoh : 1 biji selepas breakfast, 1 biji selepas dinner, ATAU 2 biji sekaligus selepas breakfast. JANGAN MAKAN VITALEA SEWAKTU PERUT KOSONG kerana kandungan iron boleh menyebabkan rasa loya dan muntah. 

 VIVIX
 Goncang sebelum guna. Simpan dalam peti sejuk selepas dibuka. Minum 1 sudu (5 ml) sekali sehari, secara terus, atau campurkan dengan minuman kegemaran. Boleh ambil selepas breakfast atau sebelum tidur malam. Bagi pesakit gastrik, digalakkan bancuh Vivix dengan air terlebih dulu untuk mengelakkan pedih perut. 

 ZINC PLUS 
1 biji sehari SEBELUM MAKAN

No comments:

Post a Comment